Shahidan Kassim Tetap Mahu Bertanding Pertahan Parlimen Arau

Semalam (1 November), Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun dalam pengumuman itu terdapat beberapa nama besar yang merupakan penyandang kerusi Parlimen telah digugurkan seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Datuk Mastura Mohd Yazid serta banyak lagi.

Baca artikel berkaitan: PRU 15: BN Gugur 4 Nama Besar Termasuk Annuar & Shahidan, Cabaran Buat KJ Di Sungai Buloh

Tetap akan bertanding untuk PRU15

Terbaharu, penyandang bagi kerusi Parlimen Arau, Shahidan Kassim memaklumkan bahawa beliau tetap akan bertanding pada PRU15 ini meskipun namanya sudah digugurkan.

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu dilakukan oleh beliau apabila kesemua lima nama ‘calon boleh menang’ yang diusulkan kepada pusat tidak diendahkan oleh pengerusi gabungan terbabit iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Shahidan Kassim bertanding atas faktor ‘calon boleh menang’

“Saya akan bertanding kerana disebabkan faktor ‘calon boleh menang’ maka disebabkan itulah saya akan terus bertanding.

“Bertanding atas tiket apa, saya akan tanya cawangan tetapi mereka lebih pilih parti yang bergerak ke arah Muafakat Nasional bersama PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” jelasnya.

Sudah jangka bakal dihadapkan ke Lembaga Tatatertib UMNO

Ketika disoal adakah beliau tidak gusar jika dibawa ke Lembaga Tatatertib UMNO selepas ini, Shahidan memaklumkan beliau sudah menjangkakan akan berdepan beberapa tindakan disiplin termasuklah dipecat dari parti.

“Saya sudah menjangkakan kemungkinan itu dan ini bukan parti miliknya yang hanya tahu pecat orang sana sini.

“Apa pun saya tak akan keluar parti tetapi akan meneruskan bertanding atas dasar tiket ‘calon boleh menang’ seperti yang dikehendaki parti,” ulasnya Ketua UMNO Bahagian Arau itu lagi.

Untuk maklumat, calon yang diumumkan untuk mewakili parti BN di parlimen Arau adalah Datuk Rozabil Abd Rahman yang juga dikenali sebagai ‘Tok Ben’.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

10 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

11 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

12 hours ago