Sejak semalam (2 November), tular gambar yang menunjukan isi kandungan akujanji calon parti UMNO untuk menyokong dan mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya
Penyebaran akujanji tersebut di aplikasi perbualan WhatsApp dan media sosial ternyata menarik perhatian ramai memandangkan Barisan Nasional (BN) sebelum ini sepakat memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri jika BN menang.
Susulan itu, ahli UMNO menafikan sekeras-kerasnya kewujudan isi kandungan akujanji yang tular di media sosial itu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menyifatkan akujanji itu adalah satu fitnah jijik terhadap BN dan UMNO
“Itu tak betul. Tiada langsung perkataan itu. Itu adalah fitnah. Hendak sebut untuk lepaskan dari mahkamah juga adalah fitnah.”
Kenyataan itu diberikan oleh Ahmad Maslan ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera BN di Indoor Arena Educity, Iskandar Puteri semalam.
Sementara itu, Calon BN di Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Pengarah Komunikasi BN (BNComms) juga menerusi hantaran di laman Facebook rasminya turut menyatakan bahawa akujanji yang tertera namanya itu adalah palsu.
“Disahkan bahawa akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar. Tiada sebarang akujanji sebegini dilakukan,” tulisnya.
Terdahulu, tular dokumen dengan kepala surat UMNO memaparkan tandangan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO serta Pengerusi BN dan Ahmad Maslan, selepas pengumuman rasmi calon BN semalam.
Antara isi kandungan akujanji itu adalah menyatakan ikrar calon UMNO dan BN untuk mencalonkan dan menyokong Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri sekiranya menang pada PRU15.
Antara kandungan lain akujanji itu adalah memberikan jawatan kabinet yang utama kepada wakil dari UMNO dan BN seperti yang diarah oleh Ahmad Zahid.
Dokumen tular itu turut menyatakan ikrar untuk menyokong sebarang tindakan Presiden UMNO bagi sebarang rancangan dengan parti atau Pakatan politik lain jika UMNO dan BN gagal membentuk kerajaan secara sendiri selepas PRU15.
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…