PRU15: Terdengar Bisikan Arwah Mak, Azwan Ali Umum Tarik Diri Bertanding Di Gombak

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA hari ini (5 November) mengumumkan menarik diri daripada bertanding merebut kerusi Parlimen Gombak bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Azwan, 56, membuat pengumuman tersebut ketika tiba di pusat penamaan calon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu sebentar tadi.

Menurut Berita Harian, dia yang tiba di lokasi dengan menaiki motosikal membuat keputusan pada awal Subuh tadi selepas mendengar bisikan dari arwah ibunya, Mak Tom yang juga ibu kepada penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Pagi ini selepas subuh saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham emak saya, Mak Tom. Ini bukan perkara main-main mahupun gimik.

“Saya percaya ada hikmah yang Allah tunjuk supaya saya tidak bertanding. Arwah Mak Tom selalu datang dalam mimpi saya dan menasihatkan saya jangan bertanding. Tak kisahlah anda kata merepek, tapi saya dengar suara emak saya.

“Saya minta maaf sebab terlalu ramai penyokong yang inginkan saya bertanding. Jadi maafkan saya, hajat anda tidak kesampaian. Saya juga minta maaf kerana mungkin keputusan saya ini menggejutkan semua,” kata Azwan dipetik dari Berita Harian.

Sokong Amiruddin Shari dan PH

Dia dalam masa turut menyatakan sokongannya kepada calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Amiruddin Shari yang juga Menteri Besar Selangor.

“Saya menyokong penuh PH, tapi jangan tanya kenapa. Tapi apa pun kesalahan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maafkan dan biarkan dia teruskan perjuangannya bersama pasukannya yang berkredibiliti terutamanya Datuk Seri Amirudin Shari yang cemerlang membangunkan Selangor.

“Kita semua mengharapkan yang terbaik dari mereka. Kepada pengundi semua, jangan sebarangan memangkah, fikir dua kali sebelum berbuat demikian. Dan percaya penduduk Gombak tidak bodoh. Jadi keluarlah mengundi pada 19 November ini,” katanya.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

30 mins ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 hour ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

1 hour ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

5 hours ago