“Itu Amanah Arwah Ibu” – Taknak Bertembung Dengan Abang , Ustaz Kazim Perjelas Sebab Tarik Diri Dari PRU15

Pada minggu yang lalu beberapa parti sudah mula mengumumkan barisan calon mereka untuk dipertandingkan di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum penamaan calon diadakan pada 5 November bagi Pilihanraya Umum ke -15 (PRU15).

Namun selepas pengumuman tersebut, ada beberapa calon yang menarik diri disebabkan atas faktor tertentu antaranya Datuk Ustaz Kazim Elias yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Bukit Larut, Perak.

Tampil mohon maaf pada pengundi di Parlimen Bukit Larut, Perak

Pendakwah itu kemudian tampil memohon maaf kepada pengundi di Parlimen berkenaan kerana telah menarik diri.

Memetik laporan Utusan Malaysia, perkara itu dilakukan disebabkan prinsipnya yang tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen mahupun DUN yang mempunyai adik-beradiknya sebagai lawan.

Janji akan turun ke Larut sebagai pendakwah

“Pengundi-pengundi di Larut, saya minta maaf. Walaupun (bukan sebagai calon), saya berjanji turun ke Larut sebagai pendakwah. Saya akan bantu apa yang boleh untuk sahabat dan saudara-mara saya di Larut, Kubu Gajah, Selama, dan Batu Kurau. Insya-Allah, Larut dan seluruh kawasananya tetap di hati saya,” jelasnya.

Penarikan diri itu dilakukan dalam masa kurang dari 24 jam selepas namanya diumumkan sebagai calon oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Calon bagi Parlimen itu kemudian digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

Tak tahu abang juga tandatangan watikah dan akujanji dengan parti lain

Jelasnya, semasa watikah dan akujanji ditandatangani untuk mewakili BN, beliau tidak tahu bahawa abangnya juga menandatangani watikan dan aku janji bersama parti lain.

Namun selepas perbincangan dilakukan, Ustaz Kazim kemudian memutuskan untuk menarik diri bagi memberi laluan kepada abangnya, Datuk Mohd. Najmuddin yang akan bertanding di DUN Batu Kurau di bawah Parlimen tersebut.

Dah maklumkan pada UMNO tak akan bertanding jika ada libatkan ahli keluarga dalam kawasan yang sama

“Sebelum saya menerima tawaran dan pelawaan daripada UMNO negeri saya menyatakan prinsip bahawa saya tidak mahu bertanding melibatkan ahli keluarga dalam satu Parlimen atau DUN. Itu apa yang diamanahkan arwah ibu kepada kami khususnya saya.

“Saya tidak akan bertanding sesama keluarga kerana akan menimbulkan persepsi tidak berapa cantik dalam kalangan masyarakat khusunya di Parlimen Larut yang kebanyakannya adalah keluarga, saudara-mara dan anak-anak murid kami,” ujarnya lagi.

Sudah beri surat untuk tarik diri awal, tapi tak sempat diterima Zahid Hamidi

Katanya, apabila sudah membuat keputusan untuk menarik diri, sepucuk surat telah diberikan kepada Ahmad Zahid untuk memaklumkan hal berkenaan tetapi ia tidak sempat diterima sebelum nama pendakwah itu diumumkan sebagai calon.

“Tidak timbul isu misalnya saya ditolak di mana-mana bahagian dan cawangan kerana (pencalonan) saya dipersetujui oleh semua khususnya di BN negeri dan Pusat begitu juga di bahagian. Jadi tidak timbul isu ‘flip flop’ setuju, tidak setuju,” jelasnya lagi.

Rasa sedih dan ralat sebab tak dapat bawa suara rakyat ke Parlimen

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa dia berasa sedih dan ralat atas penarikan diri tersebut kerana tidak dapat membawa suara rakyat ke Parlimen.

“Saya sudah berdakwah selama 32 tahun dan sudah banyak benda saya buat hingga saya berasakan sudah sampai masanya untuk direalisasikan dengan satu kerja politik, kerja berjawatan. Bila ada satu jawatan, saya boleh bercakap dalam Parlimen. Itu sasaran saya.

“Saya sebenarnya sedih, rasa ralat sebab saya tidak boleh membawa suara itu. Insya-Allah, ada ada di luar jawatan ahli Parlimen dan sebagainya, saya akan bantu kerjaan membantu rakyat tidak kira pelbagai parti kerana semua orang adalah kawan saya,”maklum pendakwah itu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago