“Agak-agak Nak Buat Cerita” – TMJ Balas Kenyataan Lelaki Dakwa Escort Baginda Punca Kereta Tercalar

Sejak semalam (6 November), tular di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa kereta dipandunya melanggar penghadang jalan ketika sedang memberi laluan pada pengiring yang membawa golongan diraja.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter @Pio_Dhurjana, lelaki itu menyatakan kereta yang sedang diiring itu adalah milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Foto: Twitter/Pio_Dhurjana

“Tadi tengah traffic light (lampu isyarat) sesak gila, tiba-tiba bunyi siren, jadi kereta mengelak dan berhimpit ke kanan, dan aku pun kekanan sekali sampai tergesel divider (penghadang) tepi jalan, sekali yang lalu @HRHJohorII (Tunku Ismail), ingat kecemasan apa lah,” tulisnya.

Insurans ambil waktu hampir sebulan untuk baiki

Difahamkan, lelaki yang juga pengusaha kantin itu berkata, kereta tersebut jika menggunakan insurans bagi membaiki kerosakan akan mengambil masa hampir sebulan di mana ia akan menjejaskan sumber pendapatannya.

Foto: Twitter/Pio_Dhurjana

“Kalau hantar insurans mahu sebulan dekat dalam, hantar bengkel tiga, empat hari dah siap, tapi aku ni pengusaha kantin, kereta kalau sebulan takda, nak bagi makan apa dekat staf, mungkin bagi dia benda remeh, tapi kereta ni bagi makan 3 orang yang berkeluarga,” tulisnya lagi.

“Saya tak keluar rumah pun hari ini” – TMJ

Bagaimanapun, Tunku Ismail dalam satu ciapan balasnya menafikan dakwaan lelaki terbabit.

Baginda sebaliknya tidak kemana-mana pada waktu kejadian.

Tambah Tunku Ismail, taktik menghasut dan menipu ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah hampir tiba tidak akan dapat menyelesaikan isu rakyat.

“Salam Encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini. Saya faham PRU dah dekat, tetapi taktik menghasut dan menipu tidak akan selesaikan masalah2 rakyat. Banyak lagi cara positif lain yg lebih efektif.”

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Lelaki itu terus mendakwa kenyatan diberinya adalah benar

Tidak berakhir di situ, lelaki tersebut turut memberi respon balasnya terhadap ciapan baginda dengan mendakwa dirinya bercakap benar serta dia tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.

Foto: Twitter/Pio_Dhurjana

Tambahnya, kejadian dikatakan berlaku di jalan menghala ke Pasir Pelangi, Johor Bharu pada pukul 7:03 malam.

“Walaikumsalam Tengku, saya rasa tak rabun lagi, boleh check pukul 7:03 dekat jalan menghala ke pasir pelangi, kereta no plat TMJ berwarna krim dengan escort polis bermotor, apa-apa pun saya takda kene mengena dengan politik.”

Setakat artikel ini ditulis, tiada apa-apa maklumat tambahan atau kenyataan dari pihak polis. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago