“Manipulasi Berniat Jahat..” -Penyampai Berita Didakwa Keluar Kenyataan Berunsur Perkauman, Ini Respon Awesome TV

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial  klip penyampai Berita 7:57 Awesome TV yang didakwa bersikap rasis apabila menggesa pengundi Melayu untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi mengelakkan kuasa politik jatuh ke tangan bukan Melayu.

Di dalam video tersebut, penyampai berita berkenaan turut memetik data survei daripada Pusat Institut Dasar Huayan untuk Kajian Masyarakat Cina di Malaysia yang mendapati 80% pengundi Cina dijangka membuang undi mereka, manakala sekitar 10% lagi tidak berhasrat untuk mengundi pada 19 November.

“Semua pengundi Melayu mesti keluar mengundi untuk menunaikan kewajipan sivik mereka jika mereka tidak mahu kuasa politik dikuasai oleh kaum lain, jika Pakatan Harapan (PH) menang,” kata seorang penyampai berita.

Video berkenaan yang tular di Twitter menaikkan kemarahan segelintir netizen hingga ada yang menyifatkan penyampai berita itu secara terang-terangan menyebarkan prejudis perkauman di kaca Televisyen tanpa berselindung.

Ia bukan sahaja menarik perhatian orang ramai malah turut mendapat respon dari penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago yang menempelak perbuatan mereka yang disifatkannya sebagai begitu rasis.

Peka dengan isu tersebut, Awesome TV semalam (7 November) tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Menurut laporan Malaymail, Awesome TV dalam satu kenyataan berkata, tujuan mereka hanyalah untuk memupuk masyarakat Melayu agar mengutamakan hal pengundian.

Ini kerana kerajaan baharu yang dipilih mungkin tidak memberikan keutamaan kepada kepentingan bumiputera hingga mereka dipinggirkan jika tidak turun mengundi.

“Laporan itu adalah untuk memupuk tanggungjawab di kalangan orang Melayu bahawa mereka perlu melaksanakan tangungjawab mereka sebagai rakyat dan pengundi. Jika tidak, kerajaan yang tidak mengikut keutamaan mereka akan memerintah Malaysia sehingga menjejaskan kebajikan mereka.”

Manipulasi yang berniat jahat

Tambah kenyataan itu lagi ada sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan politik telah memanipulasi tujuan sebenar berita tersebut.

“Ada pihak yang berkepentingan politik, khususnya yang tidak menyokong agenda Bumiputera, telah memanipulasikan tujuan Berita 7:57 sebagai berunsur perkauman di pelbagai platform media.

“Pihak Awesome TV menganggap manipulasi ini adalah berniat jahat terhadap Awesome TV yang bertujuan untuk memupuk rakyat supaya bertanggungjawab dalam hal pengundian.”

Awesome TV dalam masa sama turut menafikan syarikat mereka ada kaitan atau menerima pelaburan dari Astro dan juga Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB).

Semakan sahkan Awesome TV tiada kaitan dengan Astro dan KAPB

Sebaliknya Awesome TV adalah milikan penuh syarikat persendirian Awesome Media Network Sdn Bhd dan Awesome Broadcasting Sdn Bhd.

Semakan Malaymail turut mendapati Awesome Network dimiliki oleh Awesome Broadcasting (55%), AP Holding Bhd (30%), and Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli (15%).

Pengarahnya pula terdiri daripada Ezzan dan juga penyanyi veteran, DJ Dave atau nama betulnya Datuk Irwan Shah Abdullah serta anaknya Datuk Adam Mohamed Ilyas, dan Pengarah Urusan, Johan Mohamed Ishak.

Namun pemilik sebenar syarikat ini adalah Adam yang juga Ketua Pegawai Operasi (CEO) memandangkan dia merupakan pemegang saham terbesar menerusi syarikatya, Awesome Broadcasting.

Recent Posts

  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

9 mins ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

34 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

6 hours ago