“Tak Pernah Mengeluh” – Gadis Kongsi Pengorbanan Ayah Sanggup Lakukan Apa Sahaja, Buat Ramai Sebak [Video]

Memiliki anak semestinya menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, kerana mereka percaya dengan adanya cahaya mata suasana di dalam rumah akan lebih berseri dan meriah.

Namun, membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Tanggungjawab seperti memberi wang, masa bersama dan juga pendidikan yang mencukupi harus sentiasa dititik beratkan.

Sebagai seorang ayah pula, sudah pasti dia mahukan yang terbaik buat anaknya sehingga sanggup melakukan apa sahaja agar anak kesayangan tidak berasa susah.

Pengorbanan ayah, sanggup lakukan apa sahaja demi anak

Begitulah yang dilalui wanita ini apabila tular di media sosial pengorbanan ayahnya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk dirinya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @opa.faaa, gadis tersebut mengakui berasa sebak ketika sedang menyunting video bapanya itu.

@opa.faaa

mata bengkak buat video ni. we love u abah 🤍

♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

“Mata bengkak buat video ni. We love you abah,” tulisnya di kaspyen.

Bapa tak pernah mengeluh, sentiasa lakukan yang terbaik

Menurutnya, bapanya tidak pernah mengeluh soal anak-anak dan sentiasa melakukan yang terbaik buat anaknya itu.

“Abah tak pernah mengeluh bab anak-anak. Sentiasa buat yang terbaik untuk anak-anak dia,” tulisnya dalam video.

Sanggup tempoh perjalanan yang jauh demi anak

Tambah gadis itu, ayahnya juga sanggup menghantar dan mengambilnya pulang ketika dia mempunyai kelapangan walaupun perjalanan yang harus ditempuhi adalah jauh selain perlu menempuhi kesesakan jalan raya.

“Sanggup hantar dan ambil anak dia kalau dia free, bukannya dekat. Redah jammed pagi-pagi lagi.”

Bapa utamakan anak dahulu

Lebih mengharukan, bapanya itu akan mengutamakan untuk menghantarnya terlebih dahulu walaupun pada ketika itu dia harus pergi ke tempat kerja pada waktu pagi.

“Kadang-kadang abah kerja pagi, abah hantar saya dulu, kemudian patah balik pergi tempat kerja dia. Pergi kerja balik kerja dalam hujan steady je naik moto bawa saya sekali.”

Di akhir perkongsian, gadis itu turut mendoakan agar bapa kesayangannya itu sentiasa di berkati dan di Rahmati oleh Allah SWT.

“Ya Allah, kau berkati dan rahmatilah abah aku sihatkan la abah sepanjang hayatnya.”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat perkongsian gadis tersebut kerana terkenang pengorbanan yang dilakukan oleh ayah mereka.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

36 mins ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

2 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

4 hours ago