Sudah menjadi satu perkara biasa apabila berkawan sudah tentu kita akan saling bergurau antara satu sama lain.
Ia hanyalah bertujuan untuk menyakat rakan tersebut selain dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Azman Daniel yang memaparkan gelagatnya melakukan ‘prank’ kepada rakan sekerja dipercayai di dalam sebuah bilik mayat.
Menerusi video tersebut, kelihatan Azman telah meletakkan sebuah kamera di satu tempat sebelum berlari mendapatkan sehelai kain putih untuk dia bersembunyi.
Dia kemudian segera menutup kesemua suis lampu dan menyorok di sebelah sebuah tong berwarna merah sebelum rakannya itu muncul.
Tidak lama kemudian, rakan yang ditunggu-tunggu muncul sambil menyanyi dan membuka lampu.
Rakannya itu kemudian terkejut dan menjerit sebaik sahaja berpaling dan melihat Azman di hadapannya. Reaksi rakannya turut membuatkan Azman juga menjadi terkejut sehingga dia berlari dan terlanggar pintu.
“Dah kena baling kotak, langgar pintu pula… aku yang terkejut.. dia punya jerit. Susah juga jadi hantu,” tulisnya di dalam kapsyen.
Meninjau di ruangan komen ramai yang terhibur dengan telatahnya itu dan ada yang mengatakan pasti dia berasa sakit selepas melanggar pintu tersebut.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…