Isu Kebocoran 800,000 Data Pengundi: Ia Dakwaan Lama Yang Ditularkan Semula, Kata SPR

Baru-baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan dakwaan berlakunya kebocoran dan penjualan lebih 800,000 data pengundi yang dipercayai dicuri daripada sistem MySPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isu ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai malah turut mendapat liputan banyak portal berita memandangkan data tersebut dikatakan turut mengandungi foto MyKad dan juga swafoto pengundi bersama kad pengenalan masing-masing.

Baca artikel berkaitan: Data Lebih 800,000 Pengundi Di MySPR Didakwa Dijual Dalam Talian

Namun tidak lama kemudiannya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan Senarai Daftar Pemilih berkenaan sememangnya boleh dibeli oleh sesiapa sahaja melalui SPR.

Beliau bagaimanapun menegaskan data milik SPR tidak akan memaparkan kesemua maklumat pengundi terutamanya perkara yang berkaitan dengan nombor telefon. Oleh itu data yang tular bukanlah kepunyaan suruhanjaya terbabit.

“Nama-nama pengundi itu boleh dibeli. Yang nak beli pada sindiket itu buat apa? Kalau nama-nama pengundi itu ada nombor telefon maknanya bukan dari SPR.

“Itu kemungkinan dibuat daripada kalangan mereka sendiri dan mendapat daripada pelbagai sumber. Senarai nama pengundi itu tertentu kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja, tiada nombor telefon,” katanya lagi kepada media.

SPR dakwa ia dakwaan lama yang tular semula

Terbaharu SPR hari ini (14 November) menafikan perkara berkenaan dan mendakwa perkara itu hanyalah dakwaaan lama yang ditularkan semula.

Suruhanjaya tersebut yang tampil menerusi satu kenyataan di Twitter berkata, pihaknya sudah bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi menyiasat perkara tersebut.

“SPR telah mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan tiada pencerobohan berlaku kepada sistem SPR.”

Agensi tersebut dalam masa sama turut menekankan sentiasa memastikan keselamatan data-data pengundi melalui pemantauan yang berterusan menggunakan infra keselamatan yang efektif.

SPR di dalam kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada mereka telah mengambil sebarang tindakan terhadap penjual berkenaan sekiranya benar ada pihak yang telah menceroboh sistem mereka.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

19 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

19 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

20 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

20 hours ago