Barang peribadi seperti kad pengenalan, kad bank serta dokumen-dokumen penting merupakan antara barangan berharga yang perlu dijaga dan tidak diberi sewenang-wenangnya kepada orang lain.
Ini kerana dokumen sebegini jika tercicir atau diambil oleh orang yang salah pasti menyebabkan data anda dimanipulasi selain boleh menyebabkan kerugian.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang wanita dengan selamba menggunakan kad debit milik seorang lelaki di hadapannya yang tertinggal di atas kaunter sebuah restoran di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Menerusi video yang dikongsi di akaun Twitter @arfdy12, kelihatan jelas wanita tersebut menggunakan kad debit milik lelaki terbabit untuk membuat pembayaran menggunakan cara ‘paywave’.
“Kalau sesiapa kenal minta hubungi saya ya. Sebab kad tu dia ada pakai dekat tempat lain juga sebelum saya sempat blok.”
Bagaimanapun, tidak sampai sehari kes tersebut sudah pun berjaya diselesaikan apabila pemilik kad berkenaan memuat naik satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook JDTFC yang mengakui insiden berpunca dari kecuiannya sendiri serta sudah memaafkan wanita itu.
Apa yang mengejutkan, wanita yang menggunakan kad debit tersebut mengakui dia ‘terguna’ kad itu sebanyak empat kali.
“Dia mengaku salah ada “terguna” kad saya 4 kali. 2 kali beli burger Woodfire & 2 kali di KK Mart Gelang Patah. Sudah pukul 11 malam tak banyak kedai yang buka masa tu.
“Katanya duit yang digunakan adalah untuk membeli barang kegunaan harian keluarga. Selepas dengar penjelasan dia, jadi saya halalkanlah semua yang dibelanjakan. (Bil) burger dia akan bayar semula di Woodfire sebab saya dah terima refund dari Woodfire,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak dapat menerima alasan ‘terguna’ yang digunakan wanita itu memandangkan dia telah melakukan 4 transaksi menggunakan kad berkenaan. Rata-rata menyifatkan ia sebagai satu perbuatan yang disengajakan.
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…
Persamaan antaran pelancong terbabit dan UAI dapat dilihat menerusi mata, hidung dan juga jambang selain…