Kanak-Kanak 4 Tahun Jadi Hero Selamatkan Rakan Dalam Simulasi Culik Di Taska [Video]

Tidak dinafikan isu penculikan kanak-kanak bukanlah suatu perkara yang asing lagi di negara kita dan seluruh dunia.

Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa dan juga guru-guru apabila memikirkan tentang keselamatan mereka.

Malah, kita juga sering berpesan kepada mereka untuk berhati-hati dan tidak bercakap atau menerima barang daripada individu yang tidak dikenali.

Namun faktor umur menyebabkan ada segelintir si kecil yang tidak memahami situasi sebenar.

Oleh itu, banyak sekolah pendidikan awal kanak-kanak sudah mula membuat simulasi untuk memberikan gambaran situasi sebenar kepada kanak-kanak.

Tular video taska buat simulasi penculikan

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan keadaan sebuah taska yang sedang melakukan simulasi penculikan sehingga menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @drkhadijahskis, kelihatan seorang lelaki telah masuk ke premis taska berkenaan sambil membawa satu beg plastik yang dipercayai berisi coklat sebagai umpan untuk menculik kanak-kanak itu.

Dia kemudiannya menawarkan coklat berkenaan kepada beberapa kanak-kanak sebelum salah seorang darinya tampil menyatakan yang dia mahukan coklat tersebut.

@drkhadijahskis

Reaksi spontan Iman Zhafran ketika simulasi ancaman penculikan yang dikendalikan oleh guru taskanya pada bulan lepas. Penting tau utk didik anak-anak kita kenali situasi berbahaya. Kudos to teachers for their efforts to teach our kids. Moga Allah lindungi anak kita daripada segala bahaya #saynotostrangers #playschool #4yearsold #fyp #viraltiktok #awasianakanda #herocilik

♬ original sound – khadijahskis – khadijahskis

Berlari sambil jerit minta rakan jangan ambil coklat dari lelaki itu

Sedar tentang perkara itu, seorang kanak-kanak yang bernama Iman Zhafran kemudiannya pantas berlari ke arah rakannya dan menjerit agar tidak mengambil coklat dari lelaki tersebut.

“Hei jangan ambil, dia jahat,” katanya sambil melindungi rakannya itu sebelum mereka menangis ketakutan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap si kecil yang berani dan peka dengan apa yang berlaku.

‘Dari jauh dia selamatkan kawan dia’

‘Dia sendiri takut tapi masih lindung kawan dengan badan dia’

‘Terbaik’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

9 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

9 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

9 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

11 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

12 hours ago