“1 Tahun Kita Tunggu” – Lelaki Naik Pelamin Seorang Diri Gara-gara Isteri Masuk Hospital Buat Ramai Sebak [Video]

Persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Malah ada yang mula membuat persedian beberapa bulan sebelum majlis berlangsung.

Hal ini kerana, terdapat banyak perkara yang perlu dititik beratkan agar hari bahagia buat pasangan mempelai itu berjalan dengan baik dan lancar.

Pengantin lelaki terpaksa bersanding seorang diri

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Syaf yang memaparkan seorang pengantin lelaki terpaksa bersanding seorang diri sehingga mengundang rasa sebak orang ramai.

Menerusi video tersebut, lelaki itu memaklumkan tidak sabar menanti hari bahagianya untuk dia menyarung baju pengantin berkenaan.

Isteri masuk wad masa hari bahagia

Namun apakan daya impian yang disimpan selama setahun terpaksa dilupakan apabila isterinya ditahan di wad atas faktor tertentu dan menyebabkan dia bersanding seorang diri ketika majlis berlangsung.

“Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan tak terduga satu hari nanti,” tulisnya.

Terpaksa berjauhan dengan isteri kerana tuntutan kerja

Dalam video tersebut, suaminya itu turut menyatakan bahawa perjalanan cinta mereka selepas berkahwin tidak mudah apabila terpaksa berjauhan kerana bekerja jauh.

“Satu tahun kita tunggu nak buat kenduri ni kan, dulu kalau pergi jalan-jalan Kuala Lumpur (KL) mesti singgah depan Villa Damai ni, tapi tuhan tak izinkan awak untuk ada dalam kenduri tu dengan saya.

“Hari Sabtu ni awak nak balik Sabah dah sebab nak mak awak jagakan dekat sana, tambah lagi sesi LDR (hubungan jarak jauh) kita. Semoga awak dan anak dalam kandungan tu sihat sentiasa.

“Saya akan usahakan mana yang saya mampu tau sayang,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, dia dalam masa sama turut menyatakan bahawa setiap ujian yang diberikan adalah untuk membuatkan mereka lebih kuat dan percaya ada hikmat disebaliknya.

Ramai sebak dengar luahan lelaki tersebut, doa agar dipermudahkan urusan

Perkongsian itu membuatkan ramai sebak dan ada yang turut menitipkan doa agar setiap urusan pasangan ini dipermudahkan dan kuat menjalani dugaan..

‘Sapa potong bawang ni’

‘Sedih sanding sorang-sorang’

‘Semoga dipermudahkan urusan’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

6 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

6 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

6 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

8 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

9 hours ago