Ramai Anak-Anak Tersilap, Ini Amalan Yang Harus Dilakukan Jika Rindukan Arwah Ibu Bapa Kita

Sebagai seorang anak, perkara yang paling ditakuti pastinya di saat pemergian ibu atau ayah ke negeri abadi.

Namun begitu, sebagai anak yang soleh dan solehah, kita harus sentiasa melakukan perkara yang terbaik untuk ibu dan ayah walaupun selepas mereka sudah meninggal dunia.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Pakar diari hati, terdapat beberapa kesilapan besar yang dilakukan oleh anak-anak selepas ibu atau ayahnya meninggal dunia.

Namun carian mendapati perkongsian ini sudah mula dikongsikan di Facebook pada tahun 2019 oleh pemilik akaun Bin Norhafez Mat Yusof.

Sebagai rujukan anda, di bawah kami kongsikan beberapa kesilapan besar yang dilakukan oleh anak-anak dan perkara yang sepatutnya dilakukan buat orang tua mereka.

Antara kesalahan yang dilakukan anak-anak

  • Hanya menggantung gambar orang tua di dinding rumah atau simpan gambar itu di dalam dompet.
  • Hanya menyimpan barang yang ditinggalkan oleh ibu bapa, dijaga dengan rapi atau diwariskan kepada orang lain untuk menjaganya.
  • Sering pergi ke kubur hanya untuk membersihkan kawasan kubur dan mencabut rumput yang tumbuh.
  • Malah ada juga yang hanya menangis dan bersedih sepanjang masa teringat akan arwah ibu bapanya.

Sebenarnya, bukan itu yang arwah ibu bapa mahu, harap, dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh, ada yang lebih utama daripada itu.

Sebagai seorang anak, adalah wajib untuk meneruskan bakti dan khidmat kepada arwah ibu bapa, sememangnya mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak.

Antara perkara yang perlu dilakukan anak-anak

  • Doakan keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
  • Sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
  • Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.
  • Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa.
  • Pahala baca surah al-Fatihah yang disedekahkan oleh anak-anak setiap hari untuk arwah ibu bapa.

Setelah matinya seorang insan yang bergelar ibu atau bapa, pasti segalanya akan berubah dan tidak sama seperti dahulu lagi.

Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak berguna lagi. Hilang sudah senda gurau, gelak tawa, perhiasan indah atau harta dunia.

Muslim women using misbaha to keep track of counting in tasbih

Yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim oleh anak-anak buat mereka.

Semoga ibu bapa kita sesuatu hari nanti apabila sudah meninggal dunia akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

12 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

13 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

13 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

13 hours ago