“Baik U Padam” – Leona Selamba Tayang Kertas Undi Pos Sekali Nombor Siri Di Media Sosial

Umum mengetahui, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada Sabtu ini (19 November).

Oleh yang demikian, pengundi pos yang berada di dalam dan luar negara sudah menerima kertas undi mereka lebih awal agar sempat dikembalikan sebelum waktu pengundian ditutup.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan untuk mendedahkan kertas undi yang sudah ditanda atau menunjukkan nombor siri undi di khalayak ramai seperti di dalam media sosial.

Leona dedah kertas undi pos

Namun begitu, sejak semalam (15 November) tular di media sosial apabila pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona atau lebih dikenali dengan panggilan Leona telah mendedahkan kertas undi pos berserta nombor sirinya di khalayak ramai.

Dia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dilihat tampil menerusi satu hantaran video di TikTok yang memperlihatkan dia sedang menari sambil memegang kertas undi pos yang dipercayai baru diterimanya.

Jelas terpampang nama calon dan no. siri kertas undi

Namun apa yang mengejutkan apabila Leona yang juga anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman tanpa sedar telah mendedahkan nama calon dan nombor siri kertas undinya kepada orang ramai.

Kemungkinan undi akan rosak atau ditolak

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menasihati Leona agar tidak mendedahkan kertas undinya dan memadam hantaran tersebut.

Selain itu, segelintir netizen turut mendakwa kertas undi tersebut kemungkinan telah pun rosak atau ditolak kerana terlihat jelas nombor sirinya.

Sudah padam video

Ketika artikel ini ditulis, Leona sudah pun memadam hantaran video kertas undinya itu di laman TikTok.

Namun video berkenaan sudah pun tular malah sudah dimuat naik beberapa pengguna media sosial termasuklah beberapa portal.

@keluarga.my

Tindakan Kasih Iris Leona yang memuatnaik kertas undian telah dikecam netizen. Untuk pengetahuan, Leona kini berada di UK kerana melanjutkan pelajaran dan telah membuat undian secara pos semalam. #keluarga #keluargamag #leona #kasihirisleona #pru15

♬ SWIPE – ALYPH

Carian kami di Twitter pula mendapati, dia hanya memuat naik foto kertas undi yang sudah berada di dalam sampul surat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

5 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago