Rafizi Dakwa SPRM Serbu Pejabat Invoke Dua Kali, Rampas Buku Lejar Syarikat

Semalam (15 November) Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd telah diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia yang hadir di ‘Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh’ di Wangsa Maju mendakwa SPRM bukan setakat menyerbu pejabat Invoke malah turut menahan kakitangannya selama tujuh jam.

Pengarah Pilihan Raya PKR itu percaya serbuan itu dilakukan susulan laporan terhadap tindakannya mengisytiharkan aset yang dimilikinya.

“Hari ini (15 Nov), sedang saya berkempen, SPRM datang serbu pejabat saya, tahan budak-budak saya selama tujuh jam. Kita cakap pasal skandal RM2 bilion (projek tebatan banjir), dia tak siasat. Kita cakap pasal kapal LCS dan sudah tunjuk bukti mengenai (Datuk Abdul) Latiff Ahmad (bekas Timbalan Menteri Pertahanan), tunjukkan wang RM200 juta yang masuk ke syarikat palsu, dia tidak siasat.

“Satu sen pun yang membabitkan syarikat saya adalah wang saya dan pelabur, bukan wang rakyat. Saya ambil duit poket saya, bayar kepada 150 budak yang pandai untuk didik mereka dalam perniagaan. (Tan Sri) Azam Baki ini, dia hantar pegawai dia serbu. Sampai jam 9 tadi masih kena kacau,” kata Rafizi dipetik dari Harian Metro.

Terbaharu hari ini (16 November) Rafizi yang tampil menerusi satu sidang media mendakwa pejabatnya sekali lagi diserbu oleh SPRM.

Memetik FMT, Rafizi mendakwa ada menerima notis makluman dari Jabatan Kastam bahawa pejabat Invoke akan dikunjungi pegawai dari jabatan tersebut dalam masa terdekat sebagai sebahagian dari siasatan mereka membabitkan syarikat itu.

“Ketika kita sedang bercakap ini, SPRM menyerbu Invoke untuk kali kedua,” katanya dalam sidang media.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan itu turut mendakwa siasatan berkenaan hanyalah bermotifkan politik iaitu ‘untuk mencari kesalahannya’ dengan matlamat mengurangkan sokongan pengundi kepada gabungan itu.

Dia di dalam sidang media itu turut mendakwa antara barang yang dirampas adalah buku lejar milik Invoke.

SPRM nafi serbu, hanya ambil dokumen

Dalam pada itu, SPRM menafikan pihaknya menyerbu pejabat Invoke sebaliknya kehadiran mereka di sana hanyalah untuk mengambil dokumen bagi membantu siasatan ke atas syarikat milik Rafizi itu.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim, kehadiran pegawai SPRM pada pagi semalam hanyalah mengikut prosedur biasa proses dalam melakukan siasatan.

“Tiada serbuan, pegawai SPRM hadir ke pejabat berkenaan hanya untuk mengambil dokumen berkaitan untuk dikaji. Kami mengikut prosedur biasa, kena dapatkan dokumen untuk dikaji dan diteliti secara menyeluruh susulan daripada laporan yang diterima,” katanya kepada Kosmo.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

12 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

12 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

12 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

14 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

15 hours ago