Padah Simpan Video Lucah Dalam Telefon Bimbit, Lelaki Di Klang Didenda RM3,500

Gara-gara memilik video lucah dalam telefon bimbit pada 2018, seorang kerani di sebuah syarikat swasta didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Klang hari ini (16 November).

Tertuduh yang dikenali sebagai Azmira Kamarudin berusia 44 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P Sarulatha.

Pada masa sama, mahkamah turut mengarahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan terhadapnya. Dia bagaimanapun membayar denda itu.

Tertuduh memiliki 62 video lucah dalam telefon

Dia dituduh memiliki 62 video lucah dalam telefon bimbit di sebuah unit pangsapuri di Bandar Putera, Klang pada 23 Oktober 2018.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Tertuduh diwakili peguam Rajvinder Singh, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Fazril Sani Mohd Fadzil.

Terdahulu, peguam tertuduh meminta agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan dengan mengambil kira dia mempunyai seorang anak yang masih kecil serta menjaga ibu bapa yang uzur.

“Tertuduh yang bekerja sebagai kerani hanya berpendapatan RM2,000 sebulan malah pengakuan bersalah dia juga menjimatkan masa mahkamah,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

16 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

6 hours ago