Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung Sabtu ini (19 November).
Di media sosial, dapat dilihat rata-rata perbualan netizen berkisar mengenai isu politik semasa tidak kurang juga yang bercerita tentang spekulasi yang timbul.
Seperti baru-baru ini, tular pula di media sosial gambar ‘Kabinet Perpaduan Malaysia 2022’ yang menunjukkan kerajaan campuran di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Menerusi perkongsian gambar tersebut, jelas kelihatan Kabinet Perpaduan itu diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Lebih mencuri tumpuan, apabila kelihatan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat DAP Lim Guang Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Selain itu, turut tersenarai 27 nama pemimpin PH dan BN menjadi menteri dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di antara kedua-dua gabungan tersebut.
Turut tertulis pada gambar itu, ‘Kabinet Bayangan Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022 – 2027’.
Menurut laporan Awani, penularan gambar tersebut ekoran dakwaan berkemungkinan tiada gabungan parti yang mampu memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, seperti yang ramai ketahui gambar tersebut adalah tidak benar kerana para pemimpin daripada BN, PH mahupun PN telah menyatakan pendirian masing-masing.
Sementara itu, Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, infografik yang disebarkan dan mengaitkan pemimpin BN dengan parti lain dalam membentuk kabinet adalah merepek.
“Itu (Kabinet Perpaduan) adalah carta ‘mamat tepi jalan’. Lepas ini akan ada banyak lagi carta dan infografik dikeluarkan termasuk ‘kabinet bayangan’, ‘kabinet bunian’ serta ‘kabinet caca marba’.
“Itu semua kerja langsung tak berfaedah, kerja bodoh. Apa yang pasti, tiada langsung sebarang perbincangan untuk (bentuk) kabinet seperti grafik tular itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai Konvoi Bermotosikal Anak Muda Barisan Nasional (BN) di Kampung Lubok Sipat, Benut, semalam (16 November).
Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…