PRU15: Pemimpin PH & BN Adakan Pertemuan Hari Ini, 21 November

Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka dimuktamadkan hari ini (21 November).

Difahamkan pertemuan kedua-dua pemimpin gabungan itu akan diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi ini.

Menurut Berita Harian yang memetik MalaysiaKini, beberapa sumber gabungan itu mengesahkan akan ada perjumpaan pagi ini bagaimanapun dirahsiakan tujuan di sebalik ia diadakan.

Perjumpaan PH dan BN sekadar pertemuan biasa

Sementara itu sumber daripada PH mendakwa ia sekadar perjumpaan biasa sahaja.

“Tak salah, jika pemimpin PH dan BN berjumpa dan bertukar pandangan selepas penat dengan kempen pilihan raya,” katanya.

Setakat ini belum ada mana-mana gabungan parti yang mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi atau lebih dari 112 untuk membentuk kerajaan persekutuan.

PH 82 Kerusi, PN (73), dan BN (30)

Keputusan rasmi PRU15 pada Sabtu lalu (19 November) menunjukkan PH memenangi 82 kerusi, manakala pesaing terdekat Perikatan Nasional (PN) memiliki 73 kerusi.

Manakala bekas kerajaan terdahulu iaitu BN sebelum dikalahkan pada PRU14 lalu hanya mendapat 30 kerusi sahaja.

Baca artikel berkaitan: PRU15: Keputusan Penuh Undian Pilihan Raya Umum ke-15

PN dan PH sudah cukup majoriti untuk bentuk kerajaan?

Terdahulu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan beliau sudah mendapat bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan dan dicalonkan sebagai Perdana Menteri, berdasarkan sokongan Ahli Parlimen secara individu.

Kenyataan itu diberikan oleh beliau menerusi satu hantaran di laman media sosial rasminya semalam (20 November).

Baca artikel berkaitan: Muhyiddin Yakin Bakal Peroleh Sokongan Mencukupi Untuk Jadi PM Ke-10

Penegasan sama turut dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media malam tadi bahawa gabungan itu mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu parti atau mana-mana Ahli Parlimen yang akan menjalinkan kerjasama dengan PH.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago