Suka Minum Kopi? Ketahui 6 Risiko Kesihatan Pada Ibu Mengandung Jika Ambil Kafein Berlebihan

Tidak dinafikan minuman seperti kopi mempunyai peminat yang tersendiri, malah menghidu aromanya sahaja sudah dapat memberikan ketenangan kepada seseorang.

Namun ada penggemar yang meminum kopi hingga ketagih dan perlu mengambilnya pada setiap hari.

Tetapi sedarkah anda bahawa pengambilan kafein secara berlebihan sebenarnya mendatangkan risiko kepada kesihatan khususnya buat para ibu yang hamil?

Kafein sebenarnya tidak hanya di dalam kopi sahaja tetapi ia juga turut terdapat dalam beberapa jenis minuman dan makanan lain seperti teh, kola dan coklat.

Malah pengambilan yang berlebihan turut mendatangkan risiko kepada ibu hamil kerana boleh membahayakan kandungan.

Menerusi perkongsian seorang pengamal perubatan iaitu Dr Samhan di Twitter, dia turut menyenaraikan beberapa risiko yang boleh berlaku kepada ibu hamil sekiranya mengambil kopi terlalu kerap.

#1 Insomnia

Foto: Freepik

Pengambilan kopi yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah sukar untuk tidur yang secara tidak langsung akan membuatkan anda kurang rehat.

#2 Gangguan pencernaan

Malah minuman kafein berlebihan turut menganggu sistem pencernaan anda seperti mengalami sembelit iaitu keadaan di mana sukar untuk membuang air besar.

#3 Tekanan darah tinggi

Pernahkah anda berdepan dengan situasi seperti rasa berdebar selepas minum kopi? Perkara ini berlaku kerana kafein akan menyebabkan denyutan jantung menjadi lebih laju oleh itu ia berisiko kepada seseorang itu untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

#4 Migrain

Foto: Freepik

Minum kopi terlalu banyak ketika mengandung juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala atau migrain.

#5 Anemia

Pengambilan kafein yang banyak juga boleh menyebabkan berlakunya anemia. Hal ini kerana ibu mengandung akan mengalami masalah kurang zat besi.

#6 Keguguran & bayi kecil

Apabila mengambil terlalu banyak kopi wanita yang mengandung juga boleh mengalami keguguran di saat awal trimester pertama (1 hingga 12 minggu kehamilan). Bukan hanya itu, bayi juga boleh lahir dengan kekurangan berat badan.

Untuk memudahkan anda, ini adalah purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan juga minuman:-

  • 1 cawan besar kopi = 140mg
  • 1 cawan kopi segera = 100mg
  • 1 cawan nescafe = 70 mg
  • 1 cawan kecil teh = 75g
  • 1 tin minuman kola = 40mg
  • 1 tin minuman bertenaga = 80mg
  • 1 x 50g kepingan coklat biasa boleh mencecah sehingga 50mg
  • 1 x 50g kepingan coklat susu boleh mencecah sehingga 25mg

Namun, untuk berhenti dari mengambil suatu minuman yang disukai bukanlah perkara mudah.

Oleh itu, anda di nasihatkan untuk bertahan selama 12 minggu pertama kehamilan dengan menggantikannya dengan jus buah atau minuman tanpa kafein.

Selepas tempoh tiga bulan, hadkan pengambilan kafein sehingga 200mg setiap hari jika kalian tidak boleh hidup tanpa minuman kafein.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

50 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago