Ramai Kecam Audio Twitter Space ‘Kutuk Hadi Awang’ Seakan Persenda Agama [Video]

Umum pasti mengetahui, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini mencipta sejarah baru buat negara apabila tidak ada satu pun gabungan parti yang cukup majoriti 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Oleh itu, parti gabungan yang mempunyai jumlah kerusi tertinggi harus mencari jalan penyelesaian dengan membentuk kerajaan campuran bersama parti yang lain.

Baca artikel berkaitan: Agong Cadang Tubuh Kerajaan Perpaduan Bersama PH, Tapi PN Tak Setuju – Muhyiddin [Video]

Di media sosial pula sejak minggu lalu, tular segelintir rakyat yang memuat naik hantaran video berbaur perkauman dan menghina institusi diraja.

Hal ini menyebabkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada pengguna media sosial agar tidak menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebarkan kandungan bersifat provokasi atau mereka akan dikenakan tindakan sekirannya melakukannya.

Baca artikel berkaitan: PDRM Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Provokasi Perkauman & Agama Di Media Sosial

Seakan mempersenda agama Islam

Terbaharu, tular pula satu rakaman audio Twitter space yang memaparkan sekumpulan individu membuka bilik perbualan (chat room) mengutuk Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Namun ia tidak sekadar menyerang personaliti ahli Parlimen Marang itu, sebaliknya mereka turut didengari mempersenda agama Islam.

Menerusi satu respon ciapan di laman Twitter @maazainudin, kedengaran perbualan dalam talian itu menyindir siapa yang menunaikan solat di rumah akan dibakar.

Umat Islam dijamin syurga jika Abdul Hadi jadi PM

Lebih mengecewakan, apabila ada individu yang memerli kononnya umat Islam tidak perlu lagi menunaikan ibadah solat kerana sudah dijamin syurga sekiranya Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

“Melayu Islam sendiri yang cakap macam ni” – Netizen

Menjengah di ruangan balas, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan segelintir individu terbabit yang dilihat mengutarakan pandangan berunsur hinaan terhadap agama Islam dan bukannya menjurus ke arah tokoh politik itu sendiri.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut bila rakaman perbualan ini diadakan. Diharap pihak tertentu tidak memanipulasi sebarang perbualan dan menyuntingnya hingga terjadi salah faham serta fitnah buat yang mendengarnya.

Selain itu, semoga tiada individu lain lagi yang akan membuat sebarang provokasi dengan menghina apa-apa agama dan bangsa yang ada di Malaysia.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

3 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

5 hours ago