fbpx
Now Reading
PDRM Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Provokasi Perkauman & Agama Di Media Sosial

PDRM Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Provokasi Perkauman & Agama Di Media Sosial

Menurut Ketua Polis Negara, tindakan tegas akan diambil pada pihak yang menyebarkan provokasi perkauman, keagamaan, dan menghina institusi diraja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencipta sejarah baru buat negara apabila tidak ada satu pun gabungan parti yang cukup majoriti 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Oleh itu, parti yang mempunyai bilangan kerusi tertinggi harus mencari jalan penyelesaian dengan membentuk kerajaan campuran bersama parti gabungan yang lain.

Baca artikel berkaitan: Tok Mat Cadang PH & PN Bentuk Kerajaan, BN Bersedia Jadi Pembangkang Untuk Timbal Balik

Sebar provokasi di media sosial

Di media sosial pula sejak minggu lalu, tular segilintir rakyat yang memuat naik hantaran video berbaur perkauman dan menghina institusi diraja.

Lebih parah apabila ada pihak yang mengaitkan tragedi bersejarah 13 Mei dengan isu politik semasa negara pada masa ini dan mendakwa ia tidak mustahil untuk berulang kembali.

“Jangan sebar provokasi di media sosial” – Ketua Polis Negara

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani memberi amaran kepada pengguna media sosial agar tidak menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebarkan kandungan bersifat provokasi.

Provokasi akan beri kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia

Menurutnya, penyebaran provokasi ini secara tidak langsung dapat menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengacam keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.