Ini 10 Mitos Kehamilan Yang Ibu Mengandung Tak Patut Percaya

Berita bakal menimang cahaya mata atau hamil merupakan salah satu perkara yang sering dinanti-nantikan oleh kebanyakan pasangan suami isteri.

Oleh itu, sebaik sahaja mengetahui tentang perkara tersebut tentu bakal ibu dan bapa mula menyenaraikan perkara yang perlu diambil berat ketika hamil seperti kesihatan, makanan yang perlu dielakkan serta banyak lagi.

Namun tidak dinafikan dalam fasa ini, ramai bakal ibu yang sering dimomokkan dengan beberapa pantang larang yang sebahagiannya adalah mitos namun masih dipercayai.

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan iaitu Dr Samhan yang menyenaraikan 10 mitos kehamilan yang tidak patut dipercayai oleh ibu hamil.

Tanpa berlengah jom kami kongsikan.

#1 Makan nenas penyebab keguguran

Foto: Freepik

Jelas Dr Samhan menurut web LiveStrong, logik disebalik kehamilan ini adalah berdasarkan sejenis kompaun digelar bromelain yang terdapat di dalam nenas.

Ini kerana bromelain dikatakan dapat memecahkan protein lalu menyebabkan pendarahan dan keguguran.

Namun penulis Rana Conway yang menulis buku ‘What to Eat When You’re Pregnant’ menjelaskan perkara ini sebenarnya kerana tubuh kita tidak akan mendapat kesan buruk daripada bromelain melainkan memakan tujuh hingga 10 biji buah nenas dalam satu-satu masa.

#2 Hubungan kelamin bahayakan janin

Foto: Freepik

Perkara ini antara yang popular di kalangan ibu hamil kerana ia didakwa akan menyakitkan janin dan boleh menyebabkan keguguran sekiranya dilakukan ketika hamil.

Namun sebenarnya anda tidak perlu bimbang kerana hubungan intim adalah selamat kerana secara fizikalnya bayi akan dilindungi dengan air ketuban (amniotic sac) dan otot rahim yang kuat.

#3 Minum ais bayi jadi besar

Segelintir ibu mengandung gemar memakan ais dan adakalanya ia menjadi tabiat semasa hamil sehingga ada yang bimbang jika bayi menjadi terlalu besar ketika hendak melahirkan.

Perkara ini adalah salah sama sekali dan minum atau memakan ais tidak menjadikan bayi besar.

Bayi akan menjadi besar jika si ibu kerap mengambil minuman manis bersama ais dan menyebabkan kencing manis ketika hamil (Gestational diabetes mellitus).

#4 Makan kicap bayi gelap, minum soya bayi putih

Hal ini sering dikaitkan dengan kulit bayi apabila ada yang menyarankan ibu hamil untuk meminum soya agar mendapatkan anak yang cerah.

Namun ia sebenarnya adalah satu andaian yang tidak berasas kerana kulit seorang bayi tidak ditentukan dari makanan yang diambil oleh si ibu. Tetapi ia bergantung kepada pigmen dan genetik.

#5 Bentuk perut menentukan jantina anak

Foto: Freepik

Perut yang kelihatan bulat selalunya ditafsirkan sebagai anak perempuan. Namun sebenarnya terdapat 2 perkara yang boleh menentukan saiz perut ibu hamil iaitu janin dan kedudukannya dalam rahim.

  • Saiz bayi

    Bayi lelaki sememangnya lebih berat berbanding perempuan dan boleh menyebabkan benjolan perut ibu kelihatan lebih besar sedikit. Namun perbezaan kecil dalam berat badan ini tidak mengubah bentuk benjolan perut bakal ibu.
  • Kedudukan janin dalam perut

    Sekiranya bahagian depan janin tersebut menghadap perut ibunya makan perut bakal ibu itu akan kelihatan lebih besar dan terkeluar. Tetapi sekiranya janin membelakangi perut ibunya maka perut si ibu akan kelihatan lebih rata dan kecil.

#6 Tidak boleh berlari ketika hamil

Ketika mengandung para ibu sememangnya dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang cukup namun ia tidak bermakna mereka tidak boleh kekal aktif dalam bersukan.

Ini kerana bersenam sewaktu hamil adalah amat digalakkan, malah ia juga membantu dalam meningkatkan kecergasan. Cuma anda dinasihatkan agar tidak melakukannya keterlaluan sehingga membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

#7 Kopi membahayakan kandungan

Foto: Freepik

Ibu yang mengandung sebenarnya boleh meminum kopi namun tidak digalakkan untuk mengambilnya secara berlebihan.

Seorang ibu hamil boleh mengambil kurang daripada 200 mg kafein setiap hari yang bersamaan dengan 1 cawan sehari.

#8 Ibu hamil makan untuk dua orang

Foto: Lisa By Pexels

Adakah benar ibu hamil perlu makan banyak kerana makan untuk dua orang?

Sebenarnya ibu hamil perlu mengamalkan pemakanan yang betul dan mempunyai nutrisi yang cukup khusnya bagi mereka yang berdepan dengan risiko kencing manis ketika mengandung.

Kehamilan sebenarnya hanya memerlukan si ibu untuk menambah sebanyak 300 kalori setiap hari (iaitu hampir menyamai jumlah kalori dalam 4 keping roti).

#9 Morning Sickness hanya pada waktu pagi

Mungkin ada yang keliru dengan namanya sehingga mengingatkan ia hanya berlaku pada waktu pagi.

Simptom seperti mual atau mabuk adalah perkara yang sering berlaku kepada ibu hamil dan lebih kurang 80% wanita mengandung mengalami masalah ini. Namun hanya 2% sahaja yang hanya mengalaminya di waktu pagi sahaja.

Namun usah bimbang, kebiasaanya gejala ini akan berakhir apabila anda masuk ke trimester pertama dan hanya 20% sahaja wanita yang mungkin mengalami simptom ini sehingga bersalin.

#10 Letih & mengidam adalah tabiat terlebih manja

Kepada suami anda perlu faham bahawa hormon bahawa ibu mengandung mempunyai hormon yang turun naik dan ia bukanlah suatu perkara yang mudah untu dikawal.

Tubuh badan mereka juga sedang bekerja keras untuk memenuhi kehendak dan keperluan kandungan. Oleh itu, cuba fahami mereka yang sedang berada dalam situasi tersebut.


Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

17 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

17 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

18 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

18 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

20 hours ago