Bakal Jadi Rebutan 13 Wanita, Zul Ariffin Jelaskan ‘Pencuri Hati’ Bukan Sekadar Dating Semata

Pelakon, Zul Ariffin berharap orang ramai tidak cepat menghukum dan mengkritik penyertaannya dalam sebuah program realiti selebriti bujang, Pencuri Hati yang akan ditayangkan di platform penstriman Sooka.

Menurut Zul Ariffin, program realiti yang menampilkan 13 orang wanita itu berpotensi untuk mengenalinya secara lebih dekat dan ia adalah berbeza dengan program seperti itu di negara lain.

‘Saya boleh jangka, program ini akan jadi panas di peringkat awal” – Zul Ariffin

“Kandungan ini hanya sekadar program televisyen. Tiada yang personal (peribadi). Penyertaan saya dalam program ini adalah kerja yang sudah saya persetujui dan perlu berikan komitmen.

“Saya boleh menjangka program ini akan menjadi ‘panas’ pada peringkat awalnya, tapi program ini (Pencuri Hati) juga bukan hanya sekadar ‘dating’ memanjang.

“Banyak pengisian menarik yang bakal disajikan. Ia bukan program ‘dating’ dan luangkan masa bersama semata-mata,” katanya.

Tambah Zul Ariffin, program realiti tersebut tidak hanya dirinya bersama 13 wanita itu, malah seluruh pasukan produksi turut berada di set sepanjang penggambaran.

Zul Ariffin akui sedikit kekok berkenalan dengan 13 wanita

Pada masa sama, Zul Ariffin turut berkata sepanjang 14 tahun penglibatannya dalam industri dia mengaku kekok apabila tidak pernah berdepan dengan situasi berkenalan dengan 13 wanita.

“Sudah tentu saya agak canggung kerana ini adalah program realiti pertama saya. Berkenalan pula dengan 13 orang wanita, ia bukan perkara yang biasa saya lakukan.

“Selalu kalau kita berkawan, tiada siapa rakam. Tapi, kali ini kamera ada di sekeliling saya. Ini adalah pengalaman baru buat saya,” katanya lagi.

13 wanita berpeluang mengenali Zul Ariffin selama 24 jam

Untuk info, program realiti Pencuri Hati ini melibatkan 13 wanita yang memiliki personaliti menarik untuk mempertaruhkan hati mereka bagi memenangi peluang mengenali Zul Ariffin selama 24 jam (ketika waktu siang).

Peserta yang memenangi cabaran mingguan akan menerima nota khas dan dapat meluangkan masa bersama Zul, manakala peserta yang mendapat markah terendah akan disingkirkan.

Keseluruhan episod program realiti ini akan ditayangkan secara eksklusif di Sooka bermula Jumaat depan (9 Disember) sehingga 10 Februari 2023.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

3 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

4 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

5 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago