Membina sebuah perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah, malah setiap pasangan berdepan dugaan yang berbeza-beza untuk menguji cinta suci mereka.
Ada yang berdepan dengan ketiadaan anak, kesusahan ekonomi dan ada juga yang diuji dengan sakit.
Namun sudah menjadi perjanjian dengan Allah SWT, mereka yang bersabar pasti akan mendapat ganjaran yang hebat dariNya suatu hari nanti.
Hal ini samalah seperti apa yang dilalui oleh seorang isteri apabila dia perlu menjaga suami yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga mengundang perhatian ramai di Facebook.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang aktivis kemanusiaan yang dikenali sebagai Hamsatul Hamzah yang tampil untuk memberikan bantuan kepada Cikgu June.
Jelas Hamsatul, Cikgu June menyatakan bahawa dia akan sentiasa bersama dengan suaminya itu kerana dia merupakan syurga buatnya.
“Suamilah syurga saya, susah senang saya ingin sentiasa bersamanya,” kata Cikgu June kepada Hamsatul kekita dia hadir bersama rakan-rakannya ke tempat kerja wanita itu untuk menghulurkan bantuan.
“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospitalm beliau akan mengendong suaminya yang sakit dari tingkat 4 kediaman mereka sehingga ke bawah.
“Tanpa jemu berada di samping suami setiap adanya temu janji untuk berjumpa doktor,” jelas Hamsatul.
Menerusi hantaran tersebut Hamsatul turut berkongsi satu video yang memaparkan keadaan Cikgu June setiap kali dia mengangkat suaminya untuk dibawa turun dari rumah mereka.
Melihat kegigihan itu Hamsatul kemudian memaklumkan bahawa pihaknya bersama dengan Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat telah menyalurkan bantuan di mana suaminya itu akan di angkat oleh pihak berkenaan jika mempunyai temu janji rawatan susulan di hospital.
Dia dalam masa sama turut berharap agar Allah SWT akan mempermudahkan setiap urusan Cikgu June sekeluarga dan berdoa agar suaminya dikurniakan kesembuhan.
Walau bagaimanapun, menerusi carian kami Cikgu June mahupun Hamsatul tidak berkongsi apakah sakit yang dihadapi oleh suaminya.
Namun, wanita yang juga guru di sebuah tadika islamik ini sering berkongsi keadaan suaminya di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan Cikgu June agar dia sentiasa kuat dan tabah dalam menjalani dugaan ini.
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…