“Jangan Tuduh Saya Derhaka, Saya Berhak Tegur Raja” – Raja Petra Kamarudin

Blogger dan pengasas Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin atau RPK menyelar dakwaan segelintir pihak yang menyifatkannya sebagai seorang yang menderhaka kepada Institusi Diraja.

RPK menerusi satu ciapan di Twitter mendedahkan yang dia merupakan keturunan pahlawan Melayu dan Yang Dipertuan Muda Johor-Riau, Almarhum Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak.

Dengan kedudukannya sebagai kerabat, RPK mendakwa dia sememangnya mempunyai hak menegur untuk menegur ‘Raja’.

“Saya keturunan Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak dari Riau, seorang pahlawan yang digelar ‘Raja Api’. Jadi jangan tuduh saya menderhaka kepada Raja.

“Saya berhak tegur Raja kerana bukan semua Raja berhak duduk di atas takhta,” ciapnya di Twitter.

Tambah blogger yang kini menetap di United Kindom (UK) itu lagi, orang ramai seharusnya menyemak sejarah sebelum memberikan sebarang pendapat tentang dirinya.

“Pergi belajar sejarah sebelum komen tentang saya.”

Perkongsian yang dilakukan RPK bagaimanapun mendapat komen yang negatif dari pengguna Twitter. Ada yang dilihat menyindir pendedahannya, dan ada juga yang merasakan blogger itu tidak layak memberikan pendapat kerana duduk di luar negara.

RPK ‘dicop’ menderhaka

RPK sebelum ini pernah dicop menderhaka kepada institusi diraja oleh beberapa pengguna media sosial apabila mengeluarkan kenyataan mempersoal tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pemilihan Perdana Menteri ke-10 (PM10).

Malah dia kemudiannya turut menyoalkan pembentukan Kerajaan Perpaduan kerana kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara sebelum itu hanya mengumumkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM10.

Beliau juga pernah dikaitkan dengan satu insiden serupa pada 2021 apabila tular video seorang lelaki dipercayai RPK mengeluarkan kenyataan bahawa YDPA terbabit dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan pada waktu itu.

Menurut Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), tindakan RPK adalah satu bentuk hasutan dan boleh disifatkan tindakan derhaka terhadap Baginda.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

9 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

9 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

11 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago