Kereta Melambung Langgar Bonggol, MBSA Tutup Sementara Jalan Di Hadapan UNISEL [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa rakaman orang awam yang memaparkan keadaan kenderaan melambung tinggi setelah melanggar bongol jalan yang tidak disedari mereka di jalan berhadapan kampus Universiti Selangor (UNISEL), Seksyen 7.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan di laman Twitter @adiehussin94, kelihatan jelas beberapa buah kenderaan bergerak secara laju sebelum melambung tinggi dan hampir hilang kawalan selepas melanggar bongol tersebut.

Pada video sama, kedengaran juga bunyi hentakan dan geseran kuat akibat di bahagian bawah kereta semasa kenderaan tersebut kembali jatuh ke atas jalan.

Orang awam nyalakan ‘flashlight’ telefon, bantu beri amaran

Dalam usaha mengurangkan lebih banyak kenderaan menjadi mangsa, beberapa orang awam kelihatan menyalakan ‘flashlight’ pada telefon bimbit mereka sebagai amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Jalan ditutup sementara oleh MBSA untuk kerja penambahbaikan

Terkini, menerusi satu hantaran di laman Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kelihatan pihak bandaraya cakna mengenai isu bongol jalan yang tular tersebut.

Difahamkan, pihak MBSA telah menutup jalan tersebut buat sementara waktu bagi menjalankan kerja-kerja penambahbaikan.

“Pada masa ini, laluan trafik dilencongkan ke Jalan Tungsten 7/23, Seksyen 7 terus ke Persiaran Kayangan. Jalan yang di tutup akan di buka semula setelah kerja-kerja penambaikan siap dilaksanakan,” kata MBSA.

Pada masa sama, pihak bandaraya tersebut juga telah mengecat jalan raya terbabit serta meletakan ‘signboard’ jalan bersebelahan kampus UNISEL.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago