“Bergurau Macam Orang Hilang Akal” – Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu ‘Prank’ Tekup Kek [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang TikTokers yang melakukan ‘prank’ menekup muka seorang wanita di tempat awam dengan sebijik kek.

Susulan video tersebut, TikTokers yang dikenali sebagai Daing Ellando itu dikecam hebat apabila ramai menyifatkan tindakannya sebagai ‘kurang ajar’.

Daing tampil mohon maaf, akui sekadar lakonan semata

Bagaimanapun, Daing Ellando atau nama sebenarnya Daing Iskandar Mohd Tahir tampil memohon maaf secara terbuka serta mengakui bahawa video tersebut hanyalah eksperimen sosial dan lakonanan semata-mata.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Prank Tekup Kek: Teruk Dikecam, TikToker Mohon Maaf Akui Ia Hanya Lakonan [Video]

Terkini, penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dipanggil UAI pula tampil menjawab soalan mengenai hukum ‘prank’ tersebut dalam satu majlis ceramahnya.

Menerusi satu hantaran video di laman Facebook rasminya, UAI berkata sebagai umat Islam kita seharusnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik untuk diikuti baik ketika bergurau mahupun dalam situasi serius.

“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah SAW. Dia (Baginda) bergurau tak macam kita bergurau.

“Kita macam orang hilang akal sampai tunjuk aurat. Nak kan konten, nak banyak view, yang haram pun haram lah,” katanya.

Sentiasa letak imam dan Islam dalam setiap perkara

Tambahnya, sebagai umat Islam kita seharusnya meletakkan iman dan Islam dalam setiap perkara yang ingin dilakukan.

“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam.

“Kamu buat konten untuk Facebook, iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul. Tidak menjadi masalah,” katanya lagi.

UAI pesan jangan tinggal iman dan Islam, sentiasa berpada-pada buat konten

Dalam pada itu, UAI menekankan tidak salah untuk melakukan konten asalkan jangan sampai tertinggal iman dan Islam.

Di akhir perkongsian, UAI sekali lagi menegaskan agar umat Islam sentiasa berpada-pada dalam membuat konten agar tidak melampaui batas.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago