Kritik Peraturan KLIA Tak Benarkan Bawa Air Masuk, Mat Salleh Teruk Dikecam Ramai [Video]

Bagi ‘travelers’ mahupun sesiapa sahaja yang sering ke lapangan terbang, pasti sudah mengetahui peraturan dan sistem yang telah ditetapkan.

Malah ada sesetengah sistem atau peraturan yang ada di lapangan terbang diguna pakai di seluruh dunia bagi menjamin keselamatan.

Sebagai penumpang pula, kita haruslah menghormati dan mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan itu.

Pelancong pertikai peraturan di KLIA, tak benarkan air dibawa masuk

Namun begitu, baru-baru ini tular pula di media sosial apabila seorang pelancong luar negara mempertikaikan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @andreas_tomazou_traveller, lelaki itu meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila dia tidak dibenarkan membawa masuk air mineral yang dibeli semasa pemeriksaan keselamatan.

@andreas_tomazou_travel

| This is insane guys🤯🤯 like this they force you to buy water from the plane 3-4 times than normal price! Come on! This is water! #traveler #airport #travel #traveltok #Kulairport #asia #malaysiatiktok #kualalumpurmalaysia #malaysia #kualalumpur #traveling #travelaroundtheworld

♬ original sound – andreas_tomazou_traveller

Pertama kali hadap situasi sebegini setelah pergi ke 51 negara

Menurut lelaki itu, dia mendakwa bahawa situasi sebegini adalah yang pertama kali terjadi pada dirinya yang mempunyai pengalaman ke 51 negara.

Tidak hanya itu, dia juga mempersoalkan bagaimana jika seseorang itu  tidak mempunyai duit untuk membeli air mineral semasa berada di dalam pesawat yang akan menepuh berjalan berjam-jam.

“Tak suka, jangan datang” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki tersebut yang didakwa mengkritik sistem undang-undang yang telah ditetapkan oleh KLIA.

Tidak hanya itu, mereka turut mengatakan bahawa peraturan sedemikian tidak hanya ada di KLIA, malah turut diguna pakai di Lapangan Terbang Antarabangsa yang lain.

Peraturan antarabangsa hadkan kuantiti LAG yang boleh dibawa ke dalam pesawat

Untuk info, menurut laman web AirAsia, peraturan-peraturan antarabangsa mengehadkan kuantiti cecair, aerosol dan gel (LAG) yang anda boleh bawa naik dalam penerbangan antarabangsa, sekatan-sekatan ini tidak terpakai untuk bagasi daftar masuk.

  • Item LAG seperti minuman, krim, minyak wangi, semburan, gel dan ubat gigi mestilah dalam bekas 100 ml / 3.4oz (isi padu), 100 gram (berat) atau kurang.
  • Semua bekas LAG sepatutnya muat dengan baik dalam beg plastik lutsinar boleh tutup.
  • Anda hanya dihadkan kepada satu beg plastik lutsinar boleh tutup dengan isi padu tidak melebihi satu liter dan dan kawasan tertutup beg mesti sehingga tidak melebihi 80 cm (cth. 20×20 cm atau 15×25 cm).
  • Mana-mana LAG yang dibawa dalam bekas yang lebih besar daripada 100ml tidak akan diterima sebagai barang bawaan, walaupun bekas itu hanya penuh.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

11 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

15 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

15 hours ago