Dahulu Tak Direstui Keluarga, Haikal Irfan Buktikan Berbaloi Main TikTok – “Sebulan Saya Dapat RM10K!”

Selebriti TikTok, Haikal Irfan yang berasal dari Ipoh, Perak mengakui dugaan yang perlu dilaluinya untuk berada pada tahap hari ini bukanlah sesuatu yang mudah ditempuhi.

Masih muda remaja, Haikal atau nama penuhnya Muhammad Haikal Irfan Othman, 23, menjelaskan dia mula mendalami dan ‘jatuh hati’ pada aplikasi TikTok sejak dia diberhentikan kerja akibat pandemik.

Dari commis chef ke dunia TikTok

“Dulu saya belajar bidang kulinari dan mulakan kerjaya dalam dunia masakan sebagai cef pelatih atau commis chef di sebuah hotel.

“Sewaktu PKP, saya diberhentikan kerja dan pulang ke kampung duduk bersama keluarga di Ipoh.

“Pada masa itulah ‘cinta’ saya terhadap TikTok berputik setelah bosan menganggur. Saya godek satu persatu kelebihan yang ada dan pelajari cara cari duit melaluinya.

“Tak disangka-sangka, baru dua bulan main aplikasi ni, video saya tular dan momen manis itu menyuntik semangat untuk hasilkan kandungan video lebih kreatif dan berkualiti,” kongsinya mengimbas perjalanan bergelar TikToker remaja berpengaruh.

@hkl.irfanz

Setiap rezeki kita 😊 ada rezeki orang lain 🤲🏻✨ bagi @Shawarma Damascus pun dah besar pahala yang kita dapat ✨

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Keluarga mahu kerja stabil

Namun di sebalik kejayaan yang diraihnya dalam tempoh sesingkat dua tahun, Irfan mendedahkan hasratnya untuk menjadi TikToker pada mulanya tidak mendapat restu keluarga termasuklah ibu bapanya.

“Mereka suruh saya cari kerja tetap yang lebih terjamin, tetapi saya tetap berkeras untuk jadikan TikTok sumber pendapatan.

“Ahli keluarga memang tak setuju dengan keputusan saya. Keras kepala, saya tekad lari dari rumah bawa diri ke Kuala Lumpur untuk tuntut ilmu seni kreatif selain peluang yang terbuka luas,” akuinya.

Kini setelah hampir lima tahun mendalami dan menyelami selok belok ritma aplikasi media sosial paling mendadak pengaruhnya di dunia itu, Irfan boleh tersenyum bangga dengan deretan pencapaian dikecapinya.

Berjaya kumpul 1 juta pengikut di TikTok pada 26 Jun 2021

Difahamkan perjuangan pemuda ini di medan digital dalam mengumpul sejuta pengikut di platform TikTok akhirnya tercapai pada 26 Jun tahun lalu.

Sehingga ke saat ini, dia berbangga dengan perolehan dijana daripada medium TikTok yang mencecah sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan, bahkan pernah mencatat angka berjumlah RM50,000.

Selepas sasaran awalnya untuk mempunyai lebih sejuta pengikut tercapai, pemuda Utara itu kini mensasarkan matlamat baharu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi berkenaan menerusi pentauliahan lencana biru.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

3 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago