“Pakailah Sejadah Aku, Biar Aku Dapat Pahala Berterusan” – Kisah Wakaf Terakhir Pensyarah UPM

Berita kematian Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi mengejutkan ramai terutamanya warga pendidik dan penuntut universiti terbabit.

Allahyarham Nik Mohd Faiz dikatakan meninggal dunia sebaik menamatkan larian di Langkawi International Half Marathon 2022 yang diadakan pada Sabtu lalu (17 Disember).

Kisah indah arwah bersama sejadahnya

Namun, di sebalik kisah sedih tentang pemergian arwah, terungkai juga satu kisah indah mengenai Allahyarham yang dikongsikan oleh isterinya, Sheereen Zulkefly di Facebook.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya, wanita itu menceritakan ‘kisah sejadah’ membabitkan suaminya seperti yang telah dikongsikan oleh seorang rakan arwah, Syahmi yang turut menyertai pertandingan marathon tersebut.

‘Kisah Sejadah’

Menurutnya, sebelum acara bermula, arwah bersama rakannya sempat menunaikan solat subuh terlebih dahulu.

“Allahyarham suami saya menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum memulakan larian. Beliau lihat ramai yang tunggu turn (giliran) untuk menggunakan khemah untuk solat subuh,” tulisnya.

Ingin pahala berterusan, suruh rakan guna sejadahnya

Setelah selesai solat subuh, wanita itu berkata arwah suaminya menyuruh rakannya itu menggunakan sejadah miliknya.

“Kau pakailah sejadah aku. Lepas ni aku nak wakafkan sejadah ni dekat runners lain. Biar aku dapat pahala berterusan,” ujar arwah kepada rakannya.

Sejadah yang sama turut dikongsikan bersama pelari yang lain

Tambah wanita itu, setelah rakan arwah suaminya selesai solat, sejadah yang sama juga diberikan oleh Allahyarham kepada pelari yang lain untuk digunakan.

“Abang, pakai sejadah saya. Lepastu abang passkan (bagi) dekat orang seterusnya ya,” kata Allahyarham lagi.

Gambar tular arwah bersama sejadah, ketika marathon November lalu

Difahamkan, gambar tular arwah suaminya bersama sejadah yang diselitkan di sisi pinggang merupakan gambar lama ketika dia dan Allahyarham menyertai larian marathon di Kuala Lumpur pada bulan November lalu.

Di akhir perkongsian, wanita itu berharap agar niat arwah suaminya untuk mendapat pahala berterusan itu dimakbulkan oleh Allah SWT.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sebak dengan kisah tersebut serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama golongan-golongan solihin.

Allahyarham rebah secara tiba-tiba semasa menghampiri garisan penamat

Terdahulu, menurut laporan media, Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, Allahyarham Nik Mohd Faiz tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika menghampiri garisan penamat.

Menurutnya, Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Maliha semasa dalam perjalanan ke hospital.

Kata Shariman, ujian COVID-19 yang telah dilakukan didapati negatif dan jenazah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago