Pengantin Terima Hadiah Tak Senonoh Di Majlis Kahwin, Ramai Luah Rasa Tak Setuju [Video]

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga sudah pasti akan membuat perancangan yang teliti bagi memastikan hari terindah dalam kehidupan berlangsung dengan lancarnya.

Bukan sahaja persiapan tempat dan barangan perkahwinan, malah pemilihan tarikh turut dititik beratkan agar segala jemputan terutamannya dari sahabat handai dan sanak saudara dapat menghadiri pada majlis tersebut.

Rakan bagi macam-macam hadiah semasa di atas pelamin

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengantin lelaki ini menerima pelbagai jenis hadiah yang diberikan oleh rakannya semasa dia berada di atas pelamin bersama pasangannya.

Menerusi perkongsian video di akaun Twitter @isusemasaviral, kelihatan rakan-rakan pengantin lelaki tersebut bergilir-gilir memberikan hadiah perkahwinan buat sahabat mereka.

Apa yang meraih perhatian ramai apabila hadiah tersebut kebanyakkannya merupakan barangan keperluan rumah seperti mop lantai, penyapu, timba dan sebagainya.

Ramai tak setuju, kawan bagi m*gic tissue buat pengantin di khalayak ramai

Namun, netizen dilihat sedikit kurang senang dan tidak bersetuju apabila ada salah seorang daripada rakan pengantin lelaki tersebut turut memberikan ‘magic tissue’ atapun tisu magik yang kebiasaannya digunakan dalam hubungan seksual.

Lebih memalukan, pemberian barangan tersebut juga dilakukan semasa pengantin terbabit berada di atas pelamin di mana boleh dilhat oleh tetamu lain yang hadir.

Antara idea barangan yang boleh diberikan buat pengantin baru

Sebagai rakan atau saudara mara pula, hadiah yang sepatutnya diberikan kepada pengantin baru pastinya sesuatu yang berguna dan akan digunakan di rumah.

Berikut kami cadangan beberapa barangan yang boleh dijadikan sebagai idea pemberian hadiah.

  1. Bekas penuang beras (Rice dispenser)
  2. Rak pinggan
  3. Penggoreng udara (Air fryer)
  4. Alat memotong
  5. Rak tandas
  6. Pengisar
  7. Mop lantai
  8. Seterika pakaian
  9. Vakum
  10. Pengisar makanan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

3 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

6 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

9 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

9 hours ago