Tutup Premis Judi & Loteri, Mufti Pulau Pinang Ucap Syabas Kepada Kerajaan Kedah

Baru-baru ini, media ada melaporkan tentang penutupan sepenuhnya operasi premis perjudian dan loteri di negeri Kedah bermula 31 Disember 2022.

Penutupan itu dilakukan kerana keputusan pihak kerajaan negeri yang tidak mahu memperbaharui lagi lesen perjudian tersebut.

Mufti Pulau Pinang ucap tahniah pada Kedah

Perkara berkenaan secara tidak langsung telah mengundang reaksi positif di kalangan orang ramai termasuklah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang mengucapkan syabas atas pendirian tegas dilakukan oleh negeri terbabit.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata, pengharaman judi kepada orang Islam merupakan suatu perkara yang telah dimaklumkan secara jelas dalam al-Quran sama seperti meminum arak.

Menjadi alat syaitan untuk timbulkan rasa benci

Ujarnya pengharaman itu adalah seperti yang dikatakan di dalam ayat yang sama di mana arak dan judi akan menjadi alat kepada syaitan untuk menimbulkan rasa benci sesama masyarakat, selain boleh menghalang seseorang itu dari taat kepada perintah Allah SWT.

“Di dalam al-Quran juga ada disebut bahawa antara fungsi utama pihak yang diberi kuasa pemerintahan termasuk menyuruh kepada kebajikan, mencegah kemungkaran dan memastikan solat didirikan oleh masyarakat yang beragama Islam,” jelasnya kepada Harian Metro.

Benarkan premis judi beroperasi, tapi hanya untuk bukan agama Islam

Beliau dalam masa sama turut berpandangan bahawa pihak berkuasa Pulau Pinang boleh membenarkan premis judi untuk beroperasi namun ia perlu dihadkan kepada golongan masyarakat bukan agama Islam sahaja.

Ini kerana keadaan di Pulau Pinang adalah berbeza memandangkan masyarakat bukan Islam mewakili sekitar separuh dari bilangan penduduk negeri itu.

Menurutnya, orang Islam perlu dilarang daripada berkunjung ke premis berkenaan dengan ketetapan yang ketat serta tegas.

“Saya cadangkan pihak berkuasa agama Islam dengan bantuan pihak polis memantau premis itu dengan konsisten. Jika ada mana-mana orang Islam yang didapati terbabit dengan kegiatan judi atau loteri makan hendaklah dikenakan hukuman keras.

“Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) perlu meningkatkan lagi kempen bagi membanteras amalan berjudi dalam segala rupa bentuknya serta sentiasa mengingatkan masyarakat Islam supaya tidak terbabit dalam amanah haram ini.

“Peringatan itu boleh dibuat menerusi Khutbah Jumaat dan program ceramah dan kuliah di masjid dan surau di negeri ini,” ujarnya.

2 perkara yang perlu diberikan perhatian

Beliau turut menyatakan terdapat dua perkara berkaitan yang perlu diberikan perhatian tentang isu tersebut.

Pertama berkenaan hukum Islam hanya perlu diikuti oleh umat Islam di mana masyarakat yang menganuti agama lain tidak boleh dipaksa untuk mengikutinya dan perkara ini termasuklah untuk mematuhi larangan berjudi serta minum arak.

“Kedua ialah membanteras sesuatu perbuatan mungkar perlu dilaksanakan secara berhikmah.

“Ia adalah bagi mengelak reaksi yang mungkin menyebabkan suasana menjadi kucar kacir serta huru hara dalam kalangan mereka yang tidak memahami sebab larangan berkenaan, iaitu bukan sahaja orang Islam, tetapi juga bukan islam,” kata Dr Wan Salim lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago