‘Malunya..’ – Pasangan Tak Perasan Remy Ishak Yang Bantu Ambil Gambar, Siap Gigih Diminta Berposing [Video]

Apabila terserempak dengan artis atau individu yang dikenali ramai, pasti perasan teruja itu secara tidak langsung akan hadir.

Malah ada segelintir akan bertindak menyapa dan ada juga yang akan meminta kebenaran untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.

Remy Ishak gigih bantu pasangan ambil gambar

Namun lain pula ceritanya dengan kisah pasangan kekasih ini apabila tular di media sosial video mereka yang mendapatkan bantuan seseorang untuk merakam momen dan foto mereka semasa.

Apa yang mencuri tumpuan kerana individu yang membantu mengambil gambar rupa-rupanya adalah pelakon terkenal, Remy Ishak.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok isteri Remy Ishak iaitu Ezza Rose, kejadian mencuit hati itu berlaku ketika dia bersama suaminya bercuti di Tasik Cermin, Ipoh baru-baru ini.

@roseezza

Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!😁. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. 🤣🥳🥰😍 Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Menurut Ezza, suaminya kelihatan begitu gigih membantu pasangan terbabit untuk mendapatkan shot gambar yang cantik.

“Tadi singgah Tasik Cermin ada satu couple (pasangan) mintak tolong ambil gambar. Macam biasa lah suamiku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik,” tulisnya di kapsyen.

Pasangan terbabit tidak tahu Remy Ishak yang ambil gambar

Lebih menarik perhatian apabila pasangan terbabit sehingga ke penghujung video tidak mengetahui bahawa sosok tubuh yang mengambil gambar mereka adalah Remy Ishak.

“Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa (diorang) tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini.”

“Lah dengan kita sekali tak perasan” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang mengatakan mereka turut tidak menyedari jejaka pujaan Malaya itu disebalik pelitup muka yang dipakainya.

Pasangan terbabit hanya tahu selepas video tular

Pasangan ini bagaimanapun mula menyedari perkara itu selepas video berkenaan tular di media sosial.

Mengambil iniasatif untuk membalas di ruangan komen, wanita ini mengakui dia dan pasangannya sama sekali tidak menyangka individu tersebut adalah Remy Ishak.

“Okayy tuan badan hadir. Ya Allah sumpah lah Remy Ishak yang ambilkan gambar kitorang, malunya tak perasan. Thank you Abang Remy tolong tangkapkan gambar, patutlah gambar cantik” tulis wanita itu ruangan komen.

Menerusi akaun TikTok miliknya pula, wanita ini turut berkongsikan hasil foto dia bersama pasangannya yang telah diambil oleh Remy.

“Okay ni la hasil dari abang jejaka idaman Malaya. Ramai sangat ni mintak nak tengok hasilnya, kita malu nak post.”

Video

@tachachaaaa_

Replying to @🥤Caramel macchiato 🥤 hahahaha terfamous tanpa sengaja kan😅 kita baru taknak reveal lagi, tapi dah kena reveal dengan isteri artist ye😅 okayy ni la hasil dari abang jejaka idaman melaya tu🥰 ramai sangat ni mintak nak tengok hasilnya, kitanya malu nak post🤭 thankyouu abang remy sebab tolong tangkapkan gambar kitorang🥰 kita guna lagu sama la dengan video sebelah🫣

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago