“Tidak Tuju Sesiapa” – Ramai Salah Faham Kenyataan Tentang Melancong, Neelofa Perjelas Maksud Sebenar [Video]

Sejak rakyat Malaysia sudah mula dibenarkan untuk melancong ke luar negara, ramai yang telah mengambil peluang tersebut dan menuju ke destinasi pilihan mereka.

Ada yang memilih untuk ke negara Eropah, negara asia serta banyak lagi sebagai destinasi untuk melancong dan merehatkan diri.

Baru-baru ini pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa telah memuat naik satu hantaran di Instagram Story miliknya meminta sesiapa yang sedang melancong untuk menikmati dan menghargai setiap perkara yang ada di sekeliling mereka.

Katanya, tidak semua perkara adalah untuk kandungan media sosial dan jangan terpedaya dengan tanda suka dan view kerana ia hanya bersifat sementara selain turut membuatkan seseorang itu mahukan yang lebih lagi.

Kenyataan disalah faham, Neelofa jelaskan isu sebenar

Namun kenyataan yang diberikan oleh pengacara berkenaan telah disalah anggap oleh segelintir pihak sehingga ada yang mengaitkan dengan perkara yang tidak benar malah tersasar dari maksud sebenar Neelofa.

Susulan dari itu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor telah tampil menerusi satu video di TikTok bagi memperjelaskan bahawa kenyataan tersebut tidak mempunyai niat apa-apa dan tidak merujuk kepada sesiapa.

Ujarnya, apa yang diperkatakan oleh segelintir pihak itu adalah fitnah 100%.

“Apa yang saya maksudkan sebenarnya, ada beberapa situasi yang berbeza. Contoh, kalau orang tu pergi (ke luar negara) atas opportunity (peluang) ataupun rezeki sendiri di mana memang pilihan sendiri.

“Ada orang pergi (ke luar negara) atas tuntutan kerja, ada komitmen. Yang kerja komitmen ni berbeza, kalau yang pergi sendiri ni kan contoh kita travel (melancong) pergi sendiri. Tolong, tolong jangan salah faham apa saya cakap.

“Tolong (sila) ambil video, ambil foto, kerana saya akan lakukan perkara yang sama. Saya akan post IG Story, saya akan post di feed gambar, video semua. Saya akan lakukannya. Percaya pada saya, saya buat,” ujar usahawan itu.

Tak bermaksud untuk menghalang orang ramai

Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk menghalang orang ramai dari memuat naik video atau gambar.

sebaliknya apa yang dimaksudkan adalah sesetengah orang yang ke luar negara bertujuan hanya untuk konten.

“Yang memang prep (buat persediaan) daripada sini lagi, yang macam memang untuk konten media sosial, yang macam stage beberapa babak konten.

“Padahal, pada ketika itu dia diberi peluang untuk menikmati, untuk be present, merasai pengalaman dan bukan banyak dengan telefon faham tak,” ucapnya.

Mahu lebih menikmati dan menghargai momen ketika travel

Menurutnya dia sebagai seorang yang banyak diberi peluang untuk melancong dahulu dan banyak bekerja merasakan antara perkara yang ingin diubah adalah untuk lebih menikmati atau menghargai momen tersebut daripada melakukan perkara lain.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk merakamkan video, gambar kerana seperti yang diperkatakan orang ramai ia adalah untuk kenangan agar ia boleh dilihat dan dikongsi.

“Saya akan buat benda yang sama, tapi kalau ada setengah orang tu kehidupan dia sentiasa untuk membina konten media sosial sehingga tak dapat nak menikmati momen pada ketika itu saya rasa sayanglah.

“Kerana apabila kita melepasi sesuatu waktu kan, tak semua perkara adalah tentang apa yang kita post atau apa yang orang like, view ke bukan. Jadi itu hanyalah pendapat saya.

“Kalau ada orang setuju alhamdulillah, kalau yang tak setuju saya pasti anda mempunyai alasan dan pendapat tersendiri. Di mana mungkin saya juga tidak tahu sebab itu,” kata Neelofa dalam video tersebut.

Neelofa juga meminta agar pihak media di luar sana agar tidak memutar belit apa yang dikatakan olehnya. Ini kerana ia boleh menimbulkan banyak lagi fitnah dan salah salah sangka kepada orang ramai.

“Kepada yang mengapi-apikan tolong hentikan perkara itu, kerana tiada sikit pun niat saya nak tujukan kepada sesiapa seperti yang diperkatakan. Jadi jangan buat begitu.
Jika awak melancong tolong berada dalam keadaan selamat, enjoy, ambil gambar, video untuk kenangan untuk dikongsikan, be mindful, be present dan be grateful (bersyukur).”

Noor Neelofa
@neelofa

Maaf sebab ramai kurang faham apa yang nak disampaikan ❤️ love you guys

♬ original sound – neelofa – neelofa

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

4 mins ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

58 mins ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

2 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

23 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago