Pengasas Big Blue Taxi Didakwa Tipu Exco Melaka, Siap Guna Datuk Palsu

Pengasas Perkhidmatan Big Blue Taxi Service, Shamsubahrin Ismail hari ini (4 Januari) telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertudungan menipu Exco Kanan Negeri Melaka tentang penjualan sebuah kenderaan mewah serta memperdaya dengan menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu, pada dua tahun lalu (2021).

Shamsubahrin, 57, bagaimanapun telah mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas dua pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa.

Memetik laporan Astro Awani, berdasarkan kertas pertuduhan, dia telah didakwa kerana memperdayakan seorang Exco Kanan Negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh berhubung pembelian sebuah kenderaan mewah berjenama Toyota Alphard model tahun 2019 sebanyak RM180,000.

Mangsa serahkan wang RM95,000 untuk dapatkan kereta

Perkara itu telah menyebabkan mangsa yang merupakan Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka memberikan wang bernilai RM95,000 untuk memiliki kereta mewah tersebut berserta nombor pendaftaran khas VVP 7.

Bagi kesalahan berkenaan tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan juga denda.

Guna gelaran ‘Datuk’ palsu tanpa kebenaran

Selain memperdayakan mangsa, Shamsubahrin turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan iaitu menggunakan gelaran ‘Datuk’ atas tujuan keuntungan peribadi tanpa kebenaran secara bertulis daripada Ketua Menteri.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (mencegah penggunaan yang tidak betul) 1981 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 5 enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara antara satu hingga lima tahun atau denda minima RM250,000 dan maksima RM500,000 atau kedua-duanya sekali.

Setiap kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di Pejabat Speaker Dewan Negeri, Dun Melaka, di Seri Negeri pada 7 Disember 2021 yang lepas.

Timbalan Pendakwa cadang jaminan RM50,000 berserta syarat

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin telah mencadangkan jaminan bernilai RM50,000 berserta seorang penjamin dengan syarat tambahan untuk menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah selain perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan.

Walau bagaimanapun, peguam Loh Chon Mee yang mewakili tertuduh meminta agar jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menghidap masalah kanser kolon serta diabetis yang teruk dan masih menjalani rawatan kemoterapi serta dialisis sebanyak empat kali dalam seminggu.

Tertuduh ada 4 lagi kes yang sedang berjalan di Mahkamah

Selain dua pertuduhan yang dibacakan, pengasas Big Blue Taxi Service itu turut mempunyai empat lagi kes yang masih berjalan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Selangor yang melibatkan jaminan bernilai hampir RM110,000.

Hakim Darmafikir pada penghakimannya kemudian memberi kebenaran jaminan itu dikurangkan kepada RM30,000 bagi dua pertuduhan berkenaan dengan syarat tambahan yang diminta oleh pihak pendakwaan.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan 7 Februari bagi tarikh sebut semula kes serta serahan dokumen.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

9 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

10 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

10 hours ago