Ditemubual Ketika Tonton Bola Sepak, KJ Kata Perlu Beri Peluang Pada Kerajaan Perpaduan

Sebut sahaja tentang bola sepak, mereka yang meminatinya sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan secara langsung terutamanya jika ia melibatkan negara sendiri.

Malah tidak dinafikan vibes ketika menonton secara langsung di stadium ini lebih menyeronokkan apabila dapat merasai sokongan yang diberikan oleh masyarakat ketika pemain negara sedang beraksi.

KJ hadir ke Stadium Bukit Jalil tonton bola sepak

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang turut tidak melepaskan peluang apabila hadir ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan antara Harimau Malaya dengan Singapura pada 3 Januari lepas.

Beliau yang mesra dipanggil KJ itu hadir bersama anak-anaknya dan apa yang lebih membuat ramai teruja apabila bekas menteri tersebut memilih untuk duduk bersama orang ramai.

Sempat ditemubual penonton, sifatkan perlu beri peluang pada kerjaan baharu

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shaul Hameed, dia sempat menemubual KJ dengan bertanya apakah pendapatnya terhadap Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ditubuhkan selepas tamat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelasnya, pada pendapat beliau negara memerlukan kestabilan politik maka buat ketika ini kita perlu beri peluang kepada kerajaan yang baharu untuk mentadbir.

“Saya rasa tak bagus kalau kita cepat sangat tukar, sekarang ni kita kena ada kestabilan politik.

“Tetapi untuk jangka masa panjang kita perlu lihatlah,” katanya dalam video tersebut.

@firelong25

Pi Tgok bola jumpa Ex Menteri KBS n Ex Menteri Kesihatan..Sedikit perkongsian dari Khairy jamaludin mengenai kerajaan perpaduan..YAKIN N BERI PELUANG pada kepimpinan kerajaan Sekarang…#malaysiaku #tanahtumpahdarahku #kerajaanperpaduan #rakyat #darktallhandsome #ikonpolitik #politikmalaysia #politicalsciencestudent #finalyear

♬ original sound – Shaul Hameed – Shaul Hameed

Minta orang ramai tunggu & lihat perancangannya di masa akan datang

Ketika ditanya apakah perancangannya di masa akan datang, pemimpin berjiwa besar itu hanya menjawab, “Tunggu dan lihat.”

Malah Shaul sempat bergurau dengan menyatakan beliau mungkin adalah Pengerusi UMNO yang seterusnya selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau kemudian menyambut gurauan itu dengan ketawa dan Shaul lalu mengucapkan terima kasih atas kesudiannya untuk ditemubual.

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan kenyataan yang dikeluarkan KJ serta menyifatkan ia adalah jawapan yang matang dan profesional.

‘Beza orang yang ada ilmu pengetahuan bagi penjelasan dengan orang yang tak ada ilmu’

‘Terbaik KJ.. pandangan orang yang berilmu dan tidak melatah walaupun kalah dalam pilihan raya’

‘Politik matang, tak perlu duduk meratib salah itu salah ini’

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago