‘Silap Orang Bro!’ – Lori Cuba Halang Kereta Lalu Lorong Kecemasan Hingga Bergesel, Rupanya Kereta Polis [Video]

Umum mengetahui, lorong kecemasan di lebuh raya tidak boleh digunakan sesuka hati oleh kenderaan biasa.

Malah memotong barisan atau dengan sengaja menggunakan lorong kecemasan juga menjadi kesalahan jalan raya.

Menurut PDRM, tiada sebarang kenderaan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan yang sementara.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada beberapa jenis kenderaan iaitu kenderaan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ambulans, bomba & penyelamat, kastam dan penjara.

Sehubungan itu banyak kenderaan khususnya kenderaan berat seperti bas dan lori akan cuba membantu dengan menghalang dan menyekat pemandu degil yang ingin menggunakan lorong kecemasan terutamanya ketika jalan raya sesak.

Lori himpit ke arah lorong kecemasan hingga berlaku kemalangan

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memperlihatkan sebuah lori seakan-akan cuba membuat perkara sama dengan memasuki lorong kecemasan dipercayai untuk menghalang sebuah kereta dari menggunakan lorong tersebut.

Tindakan tersebut bagaimanapun menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan kereta berkenaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ikramdaud, terlihat lori terbabit yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba menghimpit ke bahagian lorong kecemasan.

@ikramdaud

❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Ni nak kira macam mana? ❤️❤️❤️❤️❤️❤️

♬ original sound – Ikram Daud – Ikram Daud

Berlaku pelanggaran antara lori dan kereta polis

Tindakan mengejut oleh pemandu lori tersebut menghimpit ke arah lorong kecemasan menyebabkan sebuah kereta yang sedang melalui lorong itu tidak sempat menghentikan kenderaannya dan berlaku pelanggaran.

Lebih mengejutkan lagi apabila kereta jenis Proton Persona itu sebenarnya kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tidak lama kemudiannya, pemandu Persona itu dilihat keluar dari kereta dengan memakai pakaian berwarna biru gelap/ hitam dipercayai uniform lengkap PDRM.

Pemandu lori mungkin ingin menghalang kereta guna lorong kecemasan

Video tersebut turut dikongsikan oleh pengguna Twitter @jllmisai di mana rata-rata netizen menyangka kemungkinan lori tersebut sebenarnya ingin menghalang kereta terbabit daripada menggunakan lorong kecemasan.

Namun perbuatannya disifatkan netizen sebagai membahayakan kerana ianya dilakukan secara spontan apatah lagi jarak kereta polis itu begitu dekat dan berkemungkinan dipandu dalam keadaan yang laju kerana dalam urusan kecemasan.

Hal ini menyebabkan rata-rata netizen mengecam perbuatan pemandu lori tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat mengenai punca kejadian itu yang diterima dan motif sebenar pemandu lori terbabit menukar lorong atau menghimpit ke bahagian kiri jalan juga tidak dapat dipastikan.

Recent Posts

  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

13 mins ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago