Baru-baru ini tular di media sosial foto dan video dua warga asing yang sedang berdiri di puncak Menara Merdeka 118.
Perkara itu secara tidak lansung telah mengundang perhatian ramai termasuklah pihak polis apabila mula mencari dua individu yang dipercayai warga Rusia itu kerana disyaki menceroboh menara berkenaan.
Ini kerana pasangan berkenaan tidak mendapat kebenaran dari pihak pengawal keselamatan yang bertugas pada ketika itu.
Baca artikel berkaitan: Tular Panjat Puncak Menara Merdeka 118, Pasangan Rusia Akan Dipanggil Polis [Video]
Terbaharu, salah seorang dari individu berkenaan telah mendedahkan taktik yang dilakukan mereka demi menakluk puncak menara tertinggi di Malaysia itu.
Menerusi ciapan yang dikongsikan di Twitter, wanita yang dikenali sebagai Angela Nikolau itu menyifatkan menara berkenaan merupakan antara bangunan hebat yang pernah dilawatinya.
Malah dia turut berkata bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar yang menakjubkan khususnya pemandangan cantik yang dimiliki oleh negeri itu.
“Saya ambil masa beberapa minggu untuk mengetahui butiran penting yang diperlukan sebelum mengambil keputusan untuk ke sana.
“Pada hari seterusnya, saya memulakan misi. Saya memakai tudung, cermin mata dan pakaian seragam seperti buruh kasar agar tidak dapat dilihat. Saya berlari ke 32 tingkat pertama dan menjadi terlalu panas.
“Saya terpaksa berbaring dan menanggalkan pakaian untuk menyejukkan badan. Saya minum semua air yang saya ada,” ujarnya.
Jelasnya laluan untuk ke puncak bukanlah suatu perkara yang mudah apabila dia hampir tertangkap semasa sedang berehat.
Dia kemudian menjumpai kawasan berlindung di dalam kotak konkrit yang kecil di mana pergerakannya sedikit terbatas dan menghabiskan masa di situ lebih daripada 20 jam.
“Ini adalah saya selepas 25 jam (sambil menunjukkan gambarnya). Saya tidak mempunyai makanan, tiada air, serta tidak tidur. Saya juga tidak boleh meregangkan kaki dan seluruh badan menjadi kaku dan sakit.
“Saya tidak boleh menangis kerana akan ada pekerja di sebelah saya yang akan mendengar tangisan saya dan mereka akan menyerahkan saya kepada pihak keselamatan. Ia adalah waktu yang paling teruk di dalam hidup saya.
“Tiga jam kemudian saya fikir jika saya tidak mula bergerak, saya akan menjadi sangat lemah untuk menamatkan misi ini. Jadi saya perlu gagahkan diri dan mula lakukan sesuatu. Mujur pekerja sedang berehat dan saya boleh keluar dan berlari menuju ke puncak menara,” katanya lagi.
Menurut Angela, menara tersebut setinggi 53 tingkat dan dia memanjat bangunan berkenaan dengan membawa beg galas seberat 15 kilogram (kg).
Katanya lagi, dia juga tidak pasti sama ada akan memanjat bangunan berkenaan jika dia tahu ia setinggi itu.
Namun carian kami tidak menemui mana-mana data yang menunjukkan menara berkenaan setinggi 53 tingkat seperti yang didakwa.
“Selepas selasai memanjat saya tidak dapat merasakan tangan saya dan tidak boleh untuk mengangkatnya.
“Semangat saya semakin memuncak sebaik sahaja melihat pemandangannya! Ia adalah musim hujan ketika itu dan saya menjangkakan keadaan awan kelabu. Sebaliknya saya melihat sinaran matahari yang sangat cantik.
“Ia adalah keajaiban buat diri saya, ia membuatkan saya sedar dan bertenaga semula. Semuanya berbaloi!” ciap Angela.
Kata wanita rusia itu ia adalah satu pendakian yang sangat sukar sepanjang hidupnya dan tidak pasti sama ada masih boleh melakukannya di masa akan datang. Tetapi pemandangan cantik yang boleh ditangkap dan dikongsikan kepada semua adalah luar biasa.
“Saya akan memuat naiknya di dalam NFT khusus buat Merdeka esok. Saya mahu orang lain juga memiliki pencapaian yang sama,” ciapnya lagi.
Dalam ciapan akhir wanita Rusia itu dia memaklumkan bahawa dirinya menghormati undang-undang di setiap negara walaupun apa yang dibuat olehnya adalah menceroboh.
“Saya sentiasa pastikan tidak akan merosakkan apa-apa biarpun ada segelintir pendaki puncak menara lakukannya.
“Impian saya adalah mencipta kenangan dengan berkongsi pemandangan dari (puncak) menara tertinggi dunia,” ucapnya.
Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…
Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…
Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…
Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…