Apabila anak sudah mula membesar dan ke sekolah sudah tentu pelajaran menjadi fokus utama ibu bapa.
Ini kerana, sebagai ibu bapa pasti kita ingin melihat mereka berjaya dan dapat mencapai cita-cita yang diidamkan di masa akan datang.
Namun tidak dinafikan mereka tentu mempunyai kekuatan dan kelemahan pada beberapa mata pelajaran.
Sebagai contoh ada pelajar yang hebat dalam mata pelajaran sains, matematik tetapi sedikit lemah apabila ia melibatkan bahasa kerana setiap di antara kita mempunyai kebolehan yang berbeza-beza.
Apa yang lebih penting sebagai ibu bapa kita perlu memberi semangat dan dorongan agar mereka terus berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada kanak-kanak ini semasa dia menunjukkan keputusan peperiksaannya sehingga mengundang perhatian ramai.
Menerusi video dikongsikan oleh @nurhafzan6644 di TikTok, kanak-kanak yang dikenali sebagai Dhia telah menyerahkan kepada ibunya keputusan peperiksaan yang diduduki pada baru-baru ini.
Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan itu kelihatan kanak-kanak itu berjaya memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaannya.
Ibunya turut teruja dengan keputusan cemerlang dimiliki oleh si anak apabila berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu.
Ketika ditanya ibu mengapa subjek itu mendapat gred B jawapan kanak-kanak ini membuat wanita itu terkedu dan ketawa.
“Kenapa Bahasa Melayu dapat B?” tanya si ibu.
“Haaa sebab saya orang Kelantan bukan orang Melayu,” jawab si kecil itu sambil tersipu-sipu.
Ibunya kemudian tidak mematahkan semangat kanak-kanak itu apabila memberi nasihat bahawa dia perlu membuat banyak lagi latihan agar mahir dalam mata pelajaran tersebut.
Video yang sama turut dikongsikan oleh ibunya dalam satu lagi akaun di @omiidhiabeautyempire.
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak itu selain turut menyatakan gelagatnya comel.
Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…
Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…
Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…
Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…
Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…