Tular Isu Pasangan Terkandas Di Australia, Ini Penjelasan Penuh AirAsia X

Baru-baru ini tular di Twitter kisah sepasang suami isteri dari Malaysia yang mendakwa terkandas di Melbourne, Australia selama empat hari selepas perjalanan mereka ditunda oleh syarikat penerbangan AirAsia X.

Menurut salah seorang dari individu berkenaan iaitu @NazFarid, pesawat mereka yang sepatutnya terbang pulang ke Kuala Lumpur pada 2 Januari telah ditukarkan ke 6 Januari 2023.

Insiden itu menyebabkan dia dan isterinya terpaksa menanggung kos tambahan yang tinggi antaranya untuk mendapatkan bilik penginapan pada saat akhir.

Apa yang lebih mengecewakan apabila dia mendakwa AirAsia lambat mengambil tindakan berhubung masalah yang dihadapinya.

Peka dengan isu tersebut, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan telah mengarahkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk menyiasat perkara itu.

Baca artikel berkaitan:

Couple Forced To Stay In Melbourne For 5 Days After Flight Cancellation, Withdraws ASB Savings To Pay For Hotel

Ada maklumat kurang tepat kata AirAsia X

Terbaharu AirAsia X tampil menjelaskan kepada orang ramai berhubung kelewatan penerbangan D7219 dari Melbourne ke Kuala Lumpur pada 2 Januari 2023 itu hingga memberikan kesan kepada penumpang penerbangan.

Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Benyamin Ismail ada beberapa maklumat kurang tepat yang telah dikongsikan penumpang terbabit.

Memohon maaf atas apa yang terjadi, Benyamin menjelaskan insiden pembatalan itu berlaku ekoran dari masalah operasi yang berpunca daripada perlanggaran dengan burung (bird strike) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

AirAsia X bagaimanapun menafikan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung masalah yang timbul.

“Semua penumpang yang terlibat secara automatik telah dipindahkan ke penerbangan seterusnya mengikut kapasiti pesawat dan kekosongan kerusi serta mereka turut diberi Pilihan Pemulihan Perkhidmatan (SRO) untuk meminimumkan sebarang kesan.

“Selaras dengan polisi kami untuk memaklumkan para penumpang mengenai sebarang perubahan jadual secepat mungkin, kami telah memaklumkan kepada penumpang terlibat sebanyak dua kali mengenai pembatalan penerbangan melalui e-mel dan SMS pada 30 Disember lalu sebelum penerbangan asal pada pukul 7.40 pagi, 2 Januari lalu.

“Kami juga cuba menghubungi penumpang berkenaan pada 31 Disember lalu melalui nombor telefon yang diberikan semasa membuat tempahan namun beliau tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan yang turut dimuat naik di laman AirAsia.

Penumpang ada hubungi AVA pada 30 Disember, dan pilih ‘tidak’ pada penjadualan semula

Tambah Benyamin, pada hari sama (30 Disember 2022) penumpang itu juga ada menghubungi chatbot AVA. Namun apabila dimaklumkan yang tempahannya layak untuk mendapat pertukaran penerbangan, dia memilih ‘tidak’ seterusnya menamatkan perbualan tanpa mendapatkan bantuan lanjut menerusi sembang secara langsung dengan ejen AirAsia X.

Namun pada 2 Januari 2023 lalu, penumpang berkenaan menghubungi AVA sekali lagi sebelum bersetuju memilih SRO untuk menukar penerbangan mereka ke 5 Januari. Mereka kemudian membatalkan permohonan untuk pengesahan penerbangan yang lebih awal yang telah dilakukan sebelum ini iaitu sebanyak dua kali.

“Pada waktu itu, ada penerbangan yang masihi beroperasi dan boleh dipilih iaitu antara 3 dan 5 Januari 2023,” katanya lagi.

AirAsia X sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa

Tambah Benjamin lagi, AirAsia X sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan akan memberi maklumat yang diperlukan bagi membetulkan sebarang salah faham yang timbul.

Mereka bagaimanapun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu atau berunsur fitnah bagi melindungi integriti syarikat.

“Walaupun kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas membina supaya kami dapat menambah baik perkhidmatan selaras dengan usaha memberi pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan, kami meminta agar sebarang dan semua dakwaan yang dibuat oleh orang awam adalah berasas.”

.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

53 mins ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

1 hour ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

3 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

3 hours ago