Tular Video ‘Hidden Cam’ Dalam Fitting Room Di Butik Terkenal Di KL Buat Ramai Berang

Sejak semalam, tular di media sosial tangkap layar klip-klip video dipercayai dirakam menggunakan kamera tersembunyi di dalam bilik persalinan sebuah butik pakaian terkemuka.

Apa yang lebih mengejutkan, rakaman berkenaan yang memperlihatkan beberapa wanita sedang menukar pakaian juga dipromosikan secara meluas untuk dijual di beberapa aplikasi media sosial termasuk Twitter.

Ia bagaimanapun mula terbongkar apabila seorang pengguna Twitter, Nishae yang menggunakan akaun @meleisgw mendedahkan aktiviti tersebut hingga menarik perhatian orang ramai.

Dakwanya, kejadian tersebut dirakam di salah sebuah butik fesyen terkemuka di Kuala Lumpur selepas seorang mangsa tampil menghubunginya.

Butik beri maklum balas sudah buat laporan polis

Dia kemudiannya memaklumkan butik berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung insiden. Menerusi bebenang sama, @meleisgw turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama pusat khimat servis pelangan jenama fesyen terkenal itu.

Polis jalankan siasatan

Terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan selepas menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi,  Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata, perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pihaknya mula menerima aduan pada Ahad (8 Januari) lalu dan sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian sebenar berlakunya aktiviti tersebut.

“Pada 11 Januari terkesan satu video berdurasi 11 saat yang dimuat naik pengguna Twitter Nishae yang memaparkan rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli belah,” kata Noordelhan.

Namun siasatan pihak polis mendapati insiden mungkin berlaku di lokasi berbeza.

Menurut wartawan Media Prima Berhad, Mohd Redzuan Abdul Manaf, laporan telah dilakukan oleh pihak keselamatan di sebuah premis di Jalan Imbi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

3 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

5 hours ago