Puteri Umno Samakan Najib Seperti Hang Tuah [Video]

Umum pasti mengetahui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Namun di mana saja Najib berada, namanya tidak lekang menjadi perbualan utama di kalangan rakyat mahupun ahli politik khususnya di kalangan pemimpin UMNO, parti yang pernah dipimpinnya suatu ketika dahulu.

Terbaharu nama bekas Presiden UMNO itu sekali lagi disebut-sebut dan kali ini di persidangan Puteri UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) apabila personalitinya disamakan seperti pahlawan lagenda Melayu, Laksamana Hang Tuah.

UMNO hargai Najib bila sudah ‘tiada’ – Zahida

Menurut Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan, punca pengaruh parti keramat itu semakin merosot adalah disebabkan kegagalan UMNO dalam menghargai Najib, lapor Malaysiakini.

Dia sewaktu menyampaikan ucapan dasar selaku Ketua Puteri menyifatkan usaha untuk menghargai bekas Ahli Parlimen Pekan itu hanya dilakukan selepas parti kehilangannya.

“Sebab itu UMNO semakin hari semakin merosot. Kita hanya menghargai pemimpin apabila kita kehilangannya. Inilah yang berlaku kepada fenomena ‘Bossku’ yang sangat difahami oleh lawan tetapi kurang dimanfaatkan oleh kawan. Seperti cerita Hang Tuah bila susah barulah ramai yang bercakap, alangkah baiknya kalau Hang Tuah masih hidup. “

Najib sebagai senjata, hingga berjaya tawan beberapa PRK dan PRN

Malah dia merasakan Najib merupakan senjata paling berkesan selepas PRU14 apabila menyaksikan UMNO kembali bangkit hingga berjaya menawan beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan dua pilihan raya negeri (PRN).

“Ya, kita masih ingat. PRU 14 kita jatuh kerana serangan peribadi terhadap Dato’ Sri Najib Razak. Namun 7 PRK sehinggalah PRN Melaka dan Johor.

“Senjata kita yang paling berkesan ialah orang yang bergelar “Bossku” dan dialah juga paling ditakuti oleh lawan. Hanya bersenjatakan laman Facebook miliknya, dua Perdana Menteri tersungkur. Masihkah kita ingat setiap kali beliau turun mengadakan “road show” Barisan Nasional digeruni.”

Sebagai rekod, Najib yang juga perdana menteri ketujuh Malaysia meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) secara serta-merta selepas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau kemudian berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah sehingga akhirnya dipenjarakan selama 12 tahun dan denda RM 210 juta pada 23 Ogos 2022.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

11 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

12 hours ago