‘Diminta Bayar Double’ – Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan, Minta Lori Pindah Rumah 1 Tan Tapi Sampai 5 Tan

Kemudahan perkhidmatan pemindahan barang pada masa kini semakin diperlukan, hal ini kerana setiap keluarga yang ingin berpindah rumah mahupun syarikat yang ingin berpindah pejabat pasti memerlukan kenderaan berat untuk mengangkat barangan.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan oleh perkhidmatan lori yang ditempahnya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, wanita yang dikenali sebagai Arissa Chua itu telah menghubungi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan lori bagi pemindahan barang pada

Menurut wanita itu, pada mulanya dia hanya meminta lori tersebut menyediakan sebuah lori 1 tan dan berdasarkan ‘quotation’ yang diberikan oleh syarikat terbabit, keseluruhan jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM250 termasuk servis 2 penolong dan jarak perjalanan.

Minta lori 1 tan tapi yang sampai lori 5 tan

Tetapi, apa yang mengejutkan wanita itu adalah lori yang datang ke rumahnya pada hari kejadian merupakan lori 5 tan.

“Saya hairan kenapa diorang datang dengan lori berlainan saiz, tetapi pemandu memberi tahu saya selepas ini mereka ada kerja lain lagi yang nak dibuat dengan menggunakan lori 5 tan, jadi macam sekali jalan lah.

“Jadi saya hanya teruskan tanpa banyak bertanya,” tulisnya.

Pemandu lori bagitahu muatan 1 tan sudah penuh dan perlu upgrade muatan

Namun segala drama mula terjadi apabila mereka iaitu pihak syarikat terbabit mengatakan pada waktu itu bahawa ruang simpanan untuk 1 tan sudah penuh dengan hanya mengangkat beberapa barang sahaja.

Difahamkan, wanita itu tidak mempunyai banyak perabot kerana barang yang ingin dibawa olehnya cumalah sebuah mesin basuh baju saiz 9.5kg, cermin vanity, satu meja bar dengan dua kerusi, sebuah tilam bersaiz king, dan beberapa barang kecil yang dibungkus dalam kotak.

“Saya terkejut, sebab apa yang saya ingat sebelum ini 1 tan boleh muat barang lagi tau. Kemudian selepas kami berbincang, pemandu suruh saya ‘upgrade’.

“Saya akan bersetuju lah, sebab saya nak pindah, dah bagitau management dan saya tak ada masa nak cari lori lain,” tulisnya lagi.

Gambar muatan 1 tan yang dikatakan sudah penuh (Foto: Facebook/Arissa Chua)

Pemandu dengan berlagak beritahu kos menjadi double

Walau bagaimanapun, ketika wanita itu bertanya mengenai bayaran tambahan yang dikenakan, pemandu lori terbabit menjawab bahawa kos akan menjadi dua kali ganda dengan nada yang berlagak.

“Jadi bila saya tanya untuk 2 tan berapa perlu dibayar, dia jawab ‘Double Lah!’ dengan berlagaknya menjadikan kos yang perlu saya bayar bernilai RM500.”

Hilang sabar, muatan 2 tan penuh dan disuruh upgrade lagi

Wanita itu yang pada mulanya reda bagaimanapun telah hilang kesabaran setelah pemandu terbabit memberitahu ruang simpanan sebanyak 2 tan sudah penuh dan dia perlu menambah lagi ruang menyebabkan berlakunya pertengkaran.

Jelasnya, dia berasa curiga dengan pemandu terbabit kerana bagaimana seseorang itu boleh mengetahui bahawa ruang simpanan sudah penuh jika lori yang dibawa bersaiz besar.

“Jadi lepas kitorang bertekak dekat depan rumah, saya report pada admin syarikat. Admin dia pun jenis berlagak dan kurang ajar. Lepas gaduh punya gaduh, dia bersetuju untuk keluarkan semua barang milik saya dan beredar macam itu sahaja.”

Syarikat perkhidmatan pindah barang buat laporan polis

Kemaskini yang baru diterima, syarikat terbabit telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut kerana mereka menerima pelbagai ugutan dan tuduhan dari segelintir pengguna media sosial yang mengatakan mereka adalah syarikat ‘scammer’ selepas hantaran tersebut tular.

Tidak hanya itu, gambar muatan yang dikongsikan oleh wanita terbabit turut didakwa tidak benar kerana masih ada barangan yang belum dimasukkan kedalam lori pada waktu itu.

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak gentar dengan laporan polis itu kerana mendakwa banyak mangsa turut berkongsi cerita yang dilalui mereka semasa melanggani khidmat syarikat terbabit.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

3 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

4 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

4 hours ago