PARKROYAL Langkawi Resort Umum Pembukaan Pada 15 Februari Untuk Pelancong

Langkawi sering menjadi lokasi pilihan utama masyarakat tempatan untuk bercuti-cuti di dalam Malaysia. Kalau ada perancangan untuk membawa keluarga bercuti, automatik Pulau Langkawi muncul di fikiran sebagai salah satu lokasi ‘hangat’.

Dan tidak dapat dinafikan, Langkawi memang banyak tempat yang menyeronokkan untuk dikunjungi. Dari lokasi pantai, aktiviti menarik, mempelajari sejarah, bersantai, makan-makan, naik cable car, naik feri, dan sebagainya.

Sebagai contoh Underwater World Langkawi (UWL), Makam Mahsuri, 3D Art Langkawi dan Dataran Helang. Pendek kata, macam-macam ada di Langkawi!

BACA JUGA: Blue Lagoon Langkawi Dianggap ‘Hidden-Gem’ Di Gunung Mat Cincang

BACA JUGA: Jom Explore 10 Tempat Best Di Pulau Langkawi. #2 Paling Wajib Pergi!

Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi

PARKROYAL Langkawi Bakal Buka Tirai Buat Para Pelancong Pada Februari Nanti

PARKROYAL Langkawi Resort, sebuah hartanah di bawah Pan Pacific Hotels Group mengumumkan akan membuka set terbarunya bagi mengalu-alukan para pelancong bermula pada 15 Februari 2023.

PARKROYAL Langkawi Resort merupakan resort tepi pantai dengan 301 bilik yang terletak di lokasi strategik iaitu sepanjang Pantai Tengah.

Bersedia untuk menjadi resort pilihan utama di The Isle of Legends, PARKROYAL Langkawi menawarkan koleksi enam jenis bilik, lapan jenis suite, dan tujuh vila yang luas dan eksklusif dengan kemudahan yang unik.

Para tetamu akan disambut dengan pengalaman hospitaliti kelas pertama di CASSIA iaitu tempat makan sepanjang hari (all-day dining venue) yang mempamerkan masakan tempatan dan antarabangsa teater kulinari.

Pulau indah yang kaya dengan pesona misteri ini juga terletak berdekatan dengan tarikan tempatan seperti Underwater World, Sky Bridge Langkawi, Langkawi Wildlife Park & Bird Paradies, dan banyak lagi.

LANCAVA memenuhi keperluan tetamu yang lebih suka berehat sambil menikmati hidangan lazat dengan pemandangan luar biasa.

Restoran dan bar ‘vibrant’ dan moden menyediakan makanan laut pantai dengan pengaruh Asia Tenggara – merangkumi falsafah farm-to-table dengan memiliki taman tersendiri untuk menanam herba segar dan aromatik.


PARKROYAL Langkawi Resort Tawar Pelbagai Fasiliti Menarik

Para tetamu yang lebih suka suasana tropika santai, boleh menuju ke Ocean View Lounge di mana anda boleh menikmati pemandangan lautan yang menyeluruh.

Lounge pantai yang popular menawarkan pengalaman menarik setiap hari dengan acara bertema seperti Fiery Friday dan Sunday Funday, serta pelbagai aktiviti di pantai dan kolam renang, seperti DJ diikuti dengan hiburan pancaragam secara langsung.

Bukan itu sahaja, di PARKROYAL Langkawi Resort ini terdapat juga SUASANA Spa yang berfungsi sebagai tempat untuk ‘healing’ dari segi mental dan fizikal.

Anda juga boleh memanjakan diri dengan Traditional Malaysian Inspired Relaxation Rituals termasuk rangkaian terapi khas dan terapi holistik, seperti urutan badan, rawatan muka yang menenangkan, menyental badan, rawatan spa, diikuti dengan pelbagai rawatan kecantikan lain.

Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, PARKROYAL Langkawi Resort ialah tempat tumpuan di tepi pantai sempurna untuk kesemua jenis majlis, termasuk percutian tepi laut yang mewah, percutian romantis, teambuilding, atau percutian keluarga.

Resort ini juga mempunyai lapan tempat serba boleh yang dikhaskan untuk acara dan majlis MICE.

Untuk rekod, bermula sekarang hingga 28 Februari 2023, PARKROYAL Langkawi Resort mengadakan tawaran pra-pembukaan untuk semua tetamu yang ingin merasai pengalaman bangun tidur dengan pemandangan Pantai Tengah yang menakjubkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh KLIK SINI.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

20 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

21 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

21 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

23 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

23 hours ago