Gara-Gara Block Laluan ‘King’! Pemandu Myvi Selamba Langgar Belakang Kereta Pikap [Video]

Sebut saja pasal ‘king’, rakyat Malaysia pasti sudah mengetahui gelaran itu adalah untuk sebuah kereta kompak Perodua iaitu Myvi.

Tidak dinafikan, Produa Myvi antara kereta buatan tempatan yang paling berjaya apabila laris dijual di seluruh negara.

Namun di sebalik kejayaan itu, tercatat pelbagai insiden termasuk beberapa tragedi kemalangan sehingga meragut nyawa melibatkan Perodua Myvi sehingga ia digelar king oleh rakyat Malaysia.

Tular Myvi langgar kereta yang halang laluan

Terkini, tular pula satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah Perodua Myvi melanggar kereta lain yang tanpa sengaja menghalang laluannya di sebuah kawasan persimpangan jalan.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook DashCam Owners Malaysia, kelihatan sebuah kereta pikap milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berhenti di hadapan perodua Myvi tersebut secara separa melintang.

Nissan Navara berhenti secara melintang depan Myvi

Kereta pikap jenis Nissan Navara itu dilihat terpaksa menghentikan kenderannya di hadapan kereta Myvi tersebut kerana deretan kenderaan yang berada di hadapannya tidak bergerak pada waktu itu.

Apa yang mengejutkan, pemandu Myvi tersebut secara tiba-tiba bergerak ke hadapan dan melanggar kereta pikap terbabit walaupunlampu isyarat pada waktu itu masih berwarna merah.

Pemandu Myvi beredar begitu sahaja

Seakan-akan tiada apa yang berlaku, pemandu Myvi tersebut terus bergerak meninggalkan kawasan tersebut apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di persimpangan jalan berhadapan kilang Munchy Parit Ya’ani, Batu Pahat, Johor.

“Keras hati betul king ni” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat rakaman tersebut.

Ada yang mempersoalkan tindakan pemandy Myvi berkenaan berbuat demikian dan ada juga yang merasakan dia mungkin sedang bermain telefon.

Malah ada yang tertanya-tanya mengapakah dia berlalu pergi begitu sahaja walhal keretanya itu baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan kecil.

Pada masa sama, mereka turut meletakkan kesalahan terhadap pemandu Myvi tersebut kerana melanggar Nissan Navara di saat lampu isyarat masih lagi berwarna merah.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago