Pasti Meriah! Legoland Malaysia Anjur Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Tahun Baru Lunar

Kita tinggal berapa hari sahaja lagi untuk menyambut Tahun Baru Lunar. Buat mereka yang berbangsa Cina kami ucapkan Selamat Tahun Baru Cina manakala rakyat Malaysia yang lain kami ucapkan selamat bercuti!

Buat mereka yang masih tiada perancangan sepanjang cuti perayaan ini, apa kata jom ke LEGOLAND Malaysia!

Bersempena Tahun Baharu Lunar, LEGOLAND Malaysia Resort yang terletak di Johor akan menyambut kedatangan Tahun Arnab dengan menghidupkan beberapa tradisi yang paling digemari.

Bermula 13 Januari hingga 5 Februari 2023, Legoland Malaysia akan dipenuhi dengan perayaan budaya, aktiviti dan persembahan dengan sentuhan LEGO® DNA pembelajaran melalui bermain, sesuai untuk seisi keluarga di seluruh resort termasuk Taman Tema Legoland, Taman Air, Hotel Legoland dan Sealife Malaysia.

Menurut Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, CS Lim, pihaknya percaya adalah penting untuk memelihara budaya dan tradisi yang diperingati di Malaysia melalui pendidikan generasi akan datang.

“Tahun ini, kami memastikan untuk menyambut Tahun Baharu Lunar dengan menyusun aktiviti budaya dan persembahan serba baharu untuk para tetamu.

“Dalam pada itu, kami tetap setia pada DNA LEGO kami untuk anak-anak belajar sambil bermain di resort kami dengan pelbagai aktiviti yang dirancang,” kata beliau.

Anda pasti akan teruja sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pintu masuk masuk utama, di mana semuanya dihiasi dengan tema Tahun Baru Cina.

Dengan kehadiran anda di sini, anda bukan sahaja boleh berhibur dengan malah boleh merasai pengalaman dan mengetahui serba sedikit budaya masyarakat Cina.

Pelbagai aktiviti menarik dari Tarian Singa ke persembahan kebudayaan Cina

Antara aktiviti menarik untuk keluarga yang akan berlangsung sepanjang tempoh itu adalah:

  • Menonton persembahan khas Tarian Singa tradisional dan Tarian Singa Kutub Tinggi pada 22 Januari 2023 ini.
  • Membuat hajat di The Wisdom Tree dengan bunga sakura yang cantik. Siapa tahu hajat anda mungkin menjadi kenyataan!
  • Menerokai seni persembahan kebudayaan Cina antaranya Tarian Tahun Baharu Cina, Tarian Zodiak serta kisah daripada Monkey King.
  • Cuba nasib dengan memutar Wheel of Fortune. Mana tahu anda salah seorang yang bertuah untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik!
  • Bertemu watak-watak yang menyeronokkan seperti Raja Monyet yang nakal, Cheng Du Opera dan Ollie serta naga dengan pakaian Tahun Baharu.
  • Bergambar di SEA LIFE berlatarbelakangkan perhiasan tanglung yang elegen dan dihiasai bunga Sakura.

Pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak

Buat kanak-kanak pula, selain berhibur dengan permainan-permainan utama di LEGOLAND, mereka juga bergembira bersama keluarga dengan

  • Menyertai aktiviti Build-A-Rabbit dengan membina arnab unik.
  • Mencuba aktiviti tradisional Cina Yo-Yos, Jian Zi dan Tarian riben.
  • Menebus hadiah istimewa apabila mencari dan mengira nombor daripada Tanglung Merah yang bertaburan di SEA Life.

Buat anda yang menginap di LEGOLAND Resort pula, jangan lepaskan peluang dengan menghabiskan hari gembira anda dengan Sesi Tarian atau menonton Rancangan Bertema bersama karakter-karakter LEGO.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti mewarna, dan aktiviti Speed-Challenge Building. Kanak-kanak juga boleh mendapatkan Arca Belon mereka sendiri di
lobi hotel!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

10 mins ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

24 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

1 hour ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago