Mutalib Uthman Kongsi 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go

Tidak dapat dinafikan setiap hari pasti ada sahaja rungutan di kalangan orang ramai berhubung penggunan kad Touch ‘n Go (TNG).

Meskipun sudah lama diguna pakai, sistem Touch ‘n Go masih disifatkan tidak cekap hingga ramai mula mempersoalkan tujuan utama penggunaannya yang sepatutnya memudahkan urusan harian rakyat Malaysia.

Terbaharu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kota Buku, Mutalib Uthman tampil menyuarakan menyuarakan ketidapuasan hati terhadap sistem TNG.

Malah bekas calon Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bagi Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dengan lantangnya mencadangkan agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menghapuskan monopoli syarikat terbabit.

Menerusi satu bebenang di Twitter, Mutalib menyenaraikan 10 sebab mengapa kerajaan wajib berbuat sedemikian.

Antaranya adalah isu tambah nilai yang kurang efisien, terdapat caj tambahan sewaktu melakukan tambah nilai selain masalah kad Touch ‘n Go NFC yang sering kehabisan stok.

Di bawah kami kongsikan semua 10 sebab yang senaraikan Mutalib:

  1. Buat lorong RFID untuk melancarkan trafik tapi lorong RFID paling jem. Lorong RFID ini pula sensornya bermasalah dan lambat detect. Kena undur 3-4 kali baru lepas.
  2. Kad Touch n Go versi lama tak boleh top up online.
  3. Highway PLUS tak boleh pakai TnG eWallet. Highway lain sahaja boleh dan kenapa kat Highway ini boleh pakai TnG sahaja?
  4. Bila top up TnG eWallet, lepas 30 minit baru boleh guna (kes bayar Tol guna Smart Tag)
  5. Kad Touch n Go NFC slelalu tiada stok.
  6. Untuk topup kad TnG (versi lama) perlu pergi kaunter topup, kadang-kala servis offline. Bila ke kiosk layan diri, debit card/qrpay tak boleh guna. Topup di pam minyak, ada service charge 50sen.
  7. Bayar parking guna kad TnG ada surcharge 10%.
  8. Bila baki kurang, muka jurutol berubah, dan kita cakap “nak topup sini boleh tak?” “Tak boleh” jawabnya sambil menjeling. Jadi apa tujuan buka buka tol bahagian tep? Dah satu hal nak kena undur dan menyusahkan kereta lain di laluan. Kita bukannya tidak mahu top up, tapi sila rujuk pada perkara nombor 6.
  9. Nak topup kad TnG versi lama kat stesen minyak tak boleh pakai kad atau QR Pay, kena pakai cash. Hidup zaman ni siapa yang bawa wang tunai banyak-banyak?
  10. Kalian harus tahu bahawa setiap Kad TnG ada expired date dan nak refund sebab kad expired ini macam minta sedekah.

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian pengguna media sosial di mana rata-rata dilihat bersetuju dengan apa yang dibangkitkan Mutalib.

Ramai yang turut meminta pihak terlibat agar memandang serius isu ini demi kebaikan orang ramai.

Berikut antara komen menarik yang diberikan pengguna Twitter:

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

16 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

18 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

18 hours ago