Perodua Bakal Lancar Bezza Generasi Baharu Tahun 2023 Ini?

Umum pasti mengetahui, Perodua Bezza merupakan salah satu dari kereta yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia selain Myvi.

Mula dilancarkan pada 2016, Bezza terus menjadi salah satu model sedan yang paling laris dijual kerana kelebihan harga yang dimiliki Perodua ekoran dari status separa nasional mereka.

Terbaharu, Penganalisis RHB Investment Bank, Jim Lim Khai Xhiang meramalkan Perodua bakal melancarkan model Bezza generasi baharu bagi tahun 2023 ini.

Memetik Berita Harian, Jim Lim dalam satu nota penyelidikan turut meramalkan sasaran awal jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 600,000 yang diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebelum ini juga mungkin akan dinaikkan.

Sasaran TIV tersebut diberikan berdasarkan permintaan lemah pada 2023 akibat ketiadaan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta harga kereta lebih tinggi.

Selain model Perodua itu, satu lagi pengeluar kereta separa Nasional, PROTON pula dijangka akan melancarkan X90, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk segmen D berasaskan model Geely Haoyue.

“Sungguhpun begitu, kami ambil maklum bahawa sekiranya kereta-kereta yang baru dilancarkan seperti Toyota Vios dan Innova, model sedan Perodua, dan Proton X90 mendapat sambutan yang lebih hangat daripada yang dijangkakan, ramalan TIV sebanyak 600,000 unit kami mungkin akan dinaikkan.

“Sebelum ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meramalkan TIV 2023 sebanyak 636,000 unit yang kemudiannya disemak naik kepada 650,000 unit,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Perodua sebelum ini sudah pun menyatakan keupayaan mereka untuk melancarkan satu model baharu sepenuhnya (FMC) bersama dua model facelift baharu bagi setiap tahun.

Namun dari semua kereta tersebut, satu-satunya model sedan yang pernah dijual oleh Perodua adalah Bezza, iaitu sedan yang diasaskan dari Axia. Ia kemudian tampil dengan satu model facelift pada tahun 2020.

Melihat pada rekod tersebut, kami merasakan adalah logik untuk Perodua memperkenalkan Bezza versi generasi baharu selepas tujuh tahun ia berada dalam pasaran.

Sebagai info, TIV 2022 berjaya mencatatkan 720,658 unit sekali gus memecahkan rekod tertinggi sebelum ini pada 2015 yang berjumlah 666,598 unit.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago