“Sekat Mereka Dari Hadir!” – PU Syed Seru Umat Islam Bantah Konsert Blackpink [Video]

Nama Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelantangannya dalam menegur beberapa isu yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebelum ini PU Syed pernah menegur mengenai konsert Billie Eilish yang diadakan pada tahun lalu di Axieta Arena dan meminta agar ia dibatalkan kerana tidak memberi manfaat kepada umat Islam.

Seterusnya pada tahun ini juga, PU Syed pernah mengarahkan Finas untuk menapis semula atau menyekat tayangan filem Pulau pada bulan Mac ini yang didakwa mempunyai adegan dan pemakaian yang mencolok mata.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Adegan & Gaya Pakaian Mencolok Mata’ – PU Syed Mohon Pihak Berwajib Tapis Filem Pulau [Video]

Terkini, pendakwah bebas itu sekali lagi menyuarakan pendapatnya berhubung konsert kumpulan wanita terkenal dari Korea Selatan, Blackpink yang bakal diadakan di Malaysia pada bulan Mac ini.

PU Syed seru umat Islam bantah Konsert Blackpink

Menerusi hantaran di laman TikTok miliknya, PU Syed menyeru umat Islam untuk membantah dan menentang sepenuhnya Konsert Blackpink tersebut.

@pu_syedofficial

Kumpulan KPOP Black Pink akan dtg ke Malaysia. Ambe menyeru semua umat Islam agar sama² kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yg mengarut ini! Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah Maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku.. Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau! Jika 2019 pernah dicadang nak bawa BTS..walaupun tak berjaya, kini Black Pink pulak!! Ambe dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Okt 2022 lagi..tak kira Kerajaan mana yg mentadbir, pihak mana yg mengurus.. Bantah tetap Bantah!! Malaysia nak jadi Negara serba bolehkah!? Ayuh sama BantahKonsertBornPink!! PU Syed #AdeAmbeTakut

♬ Sanakhudu – Shakir Khan Rahmani

“Kumpulan K-POP Blackpink akan datang ke Malaysia. Ambe (saya) menyeru semua umat Islam agar sama-sama kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yang mengarut ini.

“Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah maksiat bermaharajalela/berleluasa berlaku. Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau,” katanya.

Menurutnya, ini bukan kali pertama beliau menegur penganjuran konsert tersebut malah beliau pada Oktober tahun lalu turut berbuat perkara sama di laman Instagram miliknya.

PU Syed akan tegur tanpa mengira kerajaan mana yang mentadbir

Jelas PU Syed lagi, tegurannya yang diberikan olehnya itu tidak mengira waktu kerajaan mana yang mentadbir atau pihak mana yang mengurus.

“Ambe dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Okober 2022 lagi, tak kira Kerajaan mana yang mentadbir, pihak mana yang mengurus. Bantah tetap Bantah!”

“Kami bantah! Allahuakhbar!” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan seruan yang dilakukan oleh PU Syed agar umat Islam membantah dan menentang penganjuran Konsert Blackpink di Malaysia.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

15 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

15 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

15 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

16 hours ago