“Sekat Mereka Dari Hadir!” – PU Syed Seru Umat Islam Bantah Konsert Blackpink [Video]
Menurut PU Syed, dia pernah menegur dan menentang sekeras-kerasnya penganjuran Konsert Blackpink di Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu di laman Instagram miliknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelantangannya dalam menegur beberapa isu yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.
Sebelum ini PU Syed pernah menegur mengenai konsert Billie Eilish yang diadakan pada tahun lalu di Axieta Arena dan meminta agar ia dibatalkan kerana tidak memberi manfaat kepada umat Islam.
Seterusnya pada tahun ini juga, PU Syed pernah mengarahkan Finas untuk menapis semula atau menyekat tayangan filem Pulau pada bulan Mac ini yang didakwa mempunyai adegan dan pemakaian yang mencolok mata.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Adegan & Gaya Pakaian Mencolok Mata’ – PU Syed Mohon Pihak Berwajib Tapis Filem Pulau [Video]
Terkini, pendakwah bebas itu sekali lagi menyuarakan pendapatnya berhubung konsert kumpulan wanita terkenal dari Korea Selatan, Blackpink yang bakal diadakan di Malaysia pada bulan Mac ini.
PU Syed seru umat Islam bantah Konsert Blackpink
Menerusi hantaran di laman TikTok miliknya, PU Syed menyeru umat Islam untuk membantah dan menentang sepenuhnya Konsert Blackpink tersebut.
“Kumpulan K-POP Blackpink akan datang ke Malaysia. Ambe (saya) menyeru semua umat Islam agar sama-sama kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yang mengarut ini.
“Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah maksiat bermaharajalela/berleluasa berlaku. Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau,” katanya.
Menurutnya, ini bukan kali pertama beliau menegur penganjuran konsert tersebut malah beliau pada Oktober tahun lalu turut berbuat perkara sama di laman Instagram miliknya.
PU Syed akan tegur tanpa mengira kerajaan mana yang mentadbir
Jelas PU Syed lagi, tegurannya yang diberikan olehnya itu tidak mengira waktu kerajaan mana yang mentadbir atau pihak mana yang mengurus.
“Ambe dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Okober 2022 lagi, tak kira Kerajaan mana yang mentadbir, pihak mana yang mengurus. Bantah tetap Bantah!”
“Kami bantah! Allahuakhbar!” – Netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan seruan yang dilakukan oleh PU Syed agar umat Islam membantah dan menentang penganjuran Konsert Blackpink di Malaysia.